Berita Harian

Messi turut gesa teruskan operasi

-

London: Bintang Barcelona, Lionel Messi menyertai gesaan supaya misi menyelamat pemain yang hilang, Emiliano Sala disambung semula ketika keluarga penyerang Cardiff City itu bersedia menggunaka­n khidmat syarikat swasta bagi meneruskan pencarian.

Polis Guernsey menghentik­an pencarian mereka terhadap Sala dan juruterban­g, David Ibbotson, Khamis lalu selepas tiga hari bagi mengesan pesawat ringan yang hilang di Selat Inggeris, Isnin lalu dengan operasi pencarian dan menyelamat itu meliputi kira-kira 2,735 kilometer persegi.

Kakak Sala, Romina dan bapanya, Horacio meluahkan rasa terkejut terhadap keputusan itu sekalipun pihak berkuasa sudah mendedahka­n perincian terhadap tindakan itu.

“Kami sudah meneliti segala maklumat yang kami peroleh, selain mengetahui segala peralatan kecemasan yang digunakan di atas kapal dan sudah mengambil keputusan sukar untuk menamatkan pencarian,” kata ketua pelabuhan, Kapten David Barker.

“Peluang untuk bertahan pada tahap ini sangat tipis.”

Tanda pagar #Nodejendeb­uscar (#Dontstopse­arching) digunakan secara global oleh tokoh terkemuka bola sepak bagi menggesa pihak berkuasa supaya jangan menghentik­an usaha mencari Sala dengan keluarga pemain itu merancang untuk melancarka­n operasi sendiri.

“Jika pihak berkuasa Britain tidak melakukann­ya, pencarian Emiliano dengan syarikat penyelamat swasta akan diteruskan,” kata teman rapat keluarga itu, Martin Molteni kepada akhbar La Nacion, kelmarin.

Gesaan terhadap pihak berkuasa untuk memikirkan semula keputusan itu makin meningkat dengan Messi menjadi bintang terbaru menyertai kempen itu.

“Ketika masih ada kemungkina­n, dengan harapan yang minimum, kami memohon #Nodejendeb­uscar,” kata Messi dalam laman Instagram. ‘Emiliano. Dengan segala kekuatan dan sokongan terhadap keluarga dan rakan-rakan.’

Legenda Argentina, Diego Maradona turut memaparkan gambar Sala di akaun Instagram berserta kempen tanda pagar itu. “Harapan tidak pernah musnah,” kata pemenang Piala Dunia itu.

AGENSI

 ??  ?? Emiliano Sala
Emiliano Sala

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia