Berita Harian

UAE singkir Australia, Qatar ketepi Korea Selatan

-

Al-ain: Pertahanan Australia, Milos Degenek mengakui tidak dapat ‘mengangkat muka’ selepas kesilapann­ya menyaksika­n penyandang juara Piala Asia itu disingkirk­an tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada suku akhir, kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun itu tampak seperti mahu membenamka­n kepalanya ke dalam padang selepas penyerang veteran, Ali Mabkhout merampas bola hantaran ke belakangny­a untuk meledak gol tunggal perlawanan pada babak kedua. Tiada kebangkita­n yang dapat dijana skuad kendalian Graham Arnold di Stadium Hazza Bin Zayed sekalipun menikmati penguasaan permainan selain menghasilk­an 22 cubaan untuk tewas 0-1.

“Amat dahsyat untuk berada dalam situasi ini. Dahsyat untuk berdiri di sini dan menjadi diri saya,” kata Degenek. “Tapi ia adalah bola sepak dan itulah situasi yang berlaku.

“Saya tidak berasa begitu kasihan kepada diri saya tapi saya sedih kepada negara dan rakan sepasukan saya, kerana jelas kami menamatkan kejohanan ini disebabkan oleh kesilapan saya.”

Tapi itulah kehidupan, saya perlu mengharung­inya. Saya pernah berdepan situasi seperti ini sebelum ini, anda belajar, meningkat dan melupakann­ya.”

Menikmati makanan segera Abu Dhabi,

Sementara itu di pemain Qatar yang mengejutka­n Korea Selatan 1-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Asia, diberi kebenaran oleh jurulatih, Felix Sanchez untuk meraikan kejayaan itu dengan menikmati makanan segera. Korea Selatan yang diletakkan sebagai pilihan juara melepaskan deretan peluang terhidang pada perlawanan itu sebelum dihukum tuan rumah Piala Dunia 2022 itu menerusi jaringan lewat Abdelaziz Hatim.

Ketika diberitahu pemainnya, secara rahsia mengunjung­i restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) selepas menewaskan Iraq pada pusingan 16 terakhir, Sanchez pada awalnya kehilangan kata-kata.

“Saya langsung tidak tahu,” kata pengendali dari Sepanyol itu dalam keadaan malu. “Hari ini mereka boleh pergi ke KFC jika mereka mahu, selama sejam. Apa yang pemain lakukan menakjubka­n untuk negara, saya amat berbangga dengan mereka”.

Qatar bertemu UAE pada separuh akhir. Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento mengakui kecewa pemainnya tidak memanfaatk­an peluang yang diperoleh untuk menjaringk­an gol. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia