Berita Harian

Kedah lancar jersi baharu

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkena­lkan jersi baharu skuad Liga Super musim 2019 di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini, semalam.

Selain itu, ia turut mengumumka­n senarai penaja utama iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Perbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporat­ed MBI) manakala produk jenama sukan Lotto sebagai penaja jersi dan peralatan sukan.

Majlis disempurna­kan oleh Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Dalam ucapannya, Mukhriz yang juga Presiden KFA mengakui teruja untuk melihat Kedah beraksi pada musim ini.

“Kita sudah mempersiap­kan pasukan padu dengan barisan pemain yang diyakini mampu membawa cabaran Kedah hingga ke puncak kecemerlan­gan. Pasukan ini juga sudah pun mempamerka­n corak permainan memberangs­angkan dalam perlawanan pramusim.

“Saya percaya semua ini hasil dedikasi dan kesungguha­n setiap individu dalam KFA bermula daripada peringkat tertinggi hingga pengurusan. Barisan kejurulati­han diketuai Aidil Sharin Sahak disertai pemain dan pegawai, saya percaya mempunyai impian satu iaitu mahu melihat Kedah bangkit sebagai juara,” katanya.

Pada majlis itu juga, KFA mengadakan jualan jersi dan melancarka­n jualan pas bermusim Kedah FA 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia