Berita Harian

Atlet para jual jambu dibantu

Menteri sudah berjumpa Shukor, Mohd Nur cari penyelesai­an

- Oleh Haika Khazi

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu menyelesai­kan masalah bekas pelumba basikal para kebangsaan, Shukor Farhan Suliman dan jurumudi pelumba basikal buta, Mohd Nur Syafiq Suhaimy.

Mereka sebelum ini dilaporkan terpaksa berniaga jambu di tepi jalan berhampira­n TTDI Jaya, Shah Alam selepas tidak ditawarkan semula menjadi atlet sepenuh masa menerusi program Majlis Sukan Negara (MSN).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas mengadakan pertemuan dengan mereka bersama Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail sejurus pulang daripada lawatan kerja di Hong Kong, malam kelmarin.

“Sebaik pulang dari Hong Kong, saya terus mengadakan perjumpaan bersama Shukor dan Syafiq. Ketua Pengarah MSN dan jurulatih mereka turut hadir bagi mencari cara terbaik untuk membantu mereka.

“Saya mendengar penjelasan yang diberikan oleh semua pihak. Keputusan menggugurk­an mereka berdasarka­n penilaian prestasi dibuat oleh jawatankua­sa serta ketua jurulatih dan ia memang dibuat setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya di sini, semalam.

Tidak diberikan surat tawaran

Sebelum ini, media melaporkan ketua jurulatih skuad basikal para kebangsaan, Johari Nayan, mengesahka­n enam anak buahnya tidak diberikan surat tawaran baharu menjadi atlet sepenuh masa di bawah program MSN kerana gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI) dan isu masalah disiplin.

Antara yang tidak menerima surat itu adalah Shukor yang juga pemenang pingat emas acara tiga kilometer (3KM) kejar-mengejar berbasikal individu di Sukan Para ASEAN 2017 dan Syafiq.

Johari menjelaska­n punca utama Shukor tidak mendapat surat tawaran menjadi atlet sepenuh masa ialah kerana dia gagal mencapai KPI ditetapkan MSN dan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk meraih sebarang pingat biarpun sudah dua kali diberi peluang beraksi di Sukan Asia Incheon 2014 dan Jakarta 2018.

Berikutan itu, Syed Saddiq memberikan jaminan bahawa KBS akan terus menambah baik urusan kebajikan atlet negara, termasuk selepas tamat daripada program sukan bersama MSN.

Katanya, antara penambahba­ikan yang bakal dilaksanak­an ialah meningkatk­an kerjasama dengan universiti dan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) untuk memberikan biasiswa di samping memudahkan atlet melanjutka­n pelajaran sewaktu menjalani latihan.

Sementara itu, Shukor Farhan berkata, beliau berpuas hati hasil perbincang­an dengan Syed Saddiq biarpun masih kurang jelas dengan bentuk bantuan bakal diterimany­a.

 ??  ?? Shukor dan Mohd Nur menjual jambu di tepi jalan berhampira­n TTDI Jaya, Shah Alam .
Shukor dan Mohd Nur menjual jambu di tepi jalan berhampira­n TTDI Jaya, Shah Alam .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia