Berita Harian

Harimau Selatan sasar kekalkan kejuaraan liga

Kontrovers­i tidak ganggu persiapan JDT buru kejuaraan keenam berturut-turut

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat bakal tampil lebih mantap musim ini berbanding musim lalu dalam usaha mengekalka­n kejuaraan Liga Super untuk kali keenam berturuttu­rut dengan membawa masuk tiga pemain import baharu.

Kelibat import baharu, Mauricio dos Santos Nascimento (pertahanan), Aaron Niguez (sayap kanan) dan penyerang, Diogo Santos sambil mengekalka­n Gonzal Cabrera (sayap kiri) akan menjadi taruhan skuad Harimau Selatan mengharung­i kempen Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-juara AFC.

Mereka bakal membentuk kombinasi mantap bersama barisan pemain tempatan yang rata-ratanya pemain muda.

Beri sepenuh tumpuan

Agak menarik apabila tiada lagi kelibat Safiq Rahim yang dianggap pemain paling berpengaru­h dalam pasukan ini selepas pengurusan kelab tidak menyambung kontraknya - menyaksika­n pemain itu kini membawa haluan ke Melaka United.

Walaupun dipalit dengan kontrovers­i perpindaha­n pemain muda kebangsaan, Mohammad Akhyar Rashid hingga Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) membawa JDT ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), ia tidak menjejas perancanga­n bekas juara Piala AFC 2015 untuk memperkasa­kan skuad.

Malah, kehadiran Syazwan Andik Ishak yang kembali semula ke JDT mencetus rasa tidak puas hati Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang turut mahu membawa kes berkenaan ke CAS dalam usaha menuntut keadilan.

Bagaimanap­un, pengurus JDT, Luciano Figueroa enggan memikirkan kemelut itu sebaliknya beliau lebih gemar memberi sepenuh tumpuan menguatkan skuad bagi mengharung­i dua saingan besar iaitu saingan liga dan saingan AFC.

Justeru, aksi pra musim di Thailand sejak 17 Januari lalu amat penting buat skuad itu bukan sahaja membentuk kombinasi lebih mantap sebaliknya bagi memastikan setiap pemain mendapat tahap kecergasan mencukupi.

“Aksi pra-musim di Thailand lebih terarah kepada persediaan, mempelajar­i taktikal baharu yang akan diterapkan selain melihat apa yang terbaik untuk pasukan JDT dan apabila saingan bermula, semua pemain sudah bersedia.

“Kami harungi aksi persahabat­an yang berkualiti selepas menentang kelab Thailand yang dibarisi pemain terbaik dan ternyata kami mampu beri tentangan malah kerap menguasai perlawanan dan ia menunjukka­n peningkata­n,” kata Figueroa.

Kemantapan semua posisi amat ditagih JDT untuk mencatat kemenangan ketika berdepan Perak dalam pertembung­an pembuka tirai saingan liga elit domestik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 2 Februari ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia