Berita Harian

Tiga serangkai import nadi serangan JDT

-

Johor Bahru: Gandingan pemain import Gonzalo Cabrera, Diogo Santos dan Aaron Niguez yang akan mengetuai rangkaian serangan Johor Darul Ta‘zim (JDT) musim ini pasti meresahkan setiap pemain pertahanan pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Apa tidaknya, Santos yang pernah mewakili kelab Liga 1 Thailand, Buriram FC berstatus pemain import termahal Liga M dengan nilai perpindaha­n ke skuad Harimau Selatan difahamkan mencecah hampir RM12 juta.

Pemain kelahiran Brazil yang juga pemain termahal dalam sejarah Liga Super itu sudah pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air musim ini.

Malah kelibat Niguez yang pernah menimba pengalaman di kelab La Liga Sepanyol, Valencia sudah cukup untuk menggambar­kan pengalaman pemain itu mampu melonjakka­n skuad Harimau Selatan untuk mengharung­i kempen liga elit domestik.

Pengalaman luas Cabrera yang sudah bersama JDT sejak tiga musim lalu adalah aset penting buat skuad kendalian Luciano Figueroa kerana memiliki larian pantas dan licik memperdaya benteng pertahanan lawan.

Di sebalik kelibat barisan pemain import termasuk memperkena­lkan Mauricio Dos Santos yang menggantik­an Marcos Antonio bagi menguatkan benteng pertahanan dan mengekalka­n Hariss Harun di posisi tengah, JDT nyata tidak meminggirk­an barisan pemain tempatan.

Pemain muda

Kemasukan pemain muda seperti Akhyar Rashid dan Syazwan Andik Ishak bakal menambah kekuatan Harimau Selatan dan kedua-dua pemain itu tampak menunjukka­n prestasi terbaik sepanjang aksi pramusim di Thailand.

Di posisi penjaga gol, Farizal Marlias dilihat bakal menjadi calon utama menjaga gawang JDT namun kehebatan Izham Tarmizi Roslan tidak boleh dipinggirk­an memandangk­an kedua-dua penjaga gol itu memiliki teknik dan gaya tersendiri menjaga gawang gol.

Benteng pertahanan tampak begitu mantap dibarisi Adam Nor Azlin, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Fadhli Shas yang bijak membaca corak serangan pasukan lawan dan serasi apabila digandingk­an dengan Dos Santos.

Tanpa kelibat Safiq Rahim yang berhijrah ke Melaka United, Nazmi Faiz Mansor tampak lebih selesa beraksi di posisi tengah dibantu Natxo Insa dan Hariss bagi membentuk persefaham­an jitu di bahagian tengah.

Apapun, kehadiran Santos menyelesai­kan masalah penyerang yang menghantui JDT awal musim lalu hingga terpaksa merombak dua pemain import pada jendela perpindaha­n berikutnya.

Pelaburan besar mendapatka­n bekas pemain import Buriram FC yang menambah kekuatan sedia ada JDT sepatutnya membolehka­n pasukan itu mudah menguasai saingan Liga Super musim ini.

 ??  ??
 ??  ?? Gandingan Cabrera (kiri) dan Diogo Santos mampu melonjakka­n skuad JDT mengharung­i kempen 2019.
Gandingan Cabrera (kiri) dan Diogo Santos mampu melonjakka­n skuad JDT mengharung­i kempen 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia