Berita Harian

MU kekal jersi hijau putih

-

Ayer Keroh: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengekalka­n jersi warna hijau putih bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Jersi terbabit dipertonto­nkan kepada umum pada majlis pengenalan pemain di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam yang disempurna­kan oleh Presiden MUSA merangkap Ketua Menteri, Adly Zahari.

Adly berkata, warna terbabit relevan berikutan melambangk­an kesucian dan kebenaran bertepatan dengan moto kerajaan negeri iaitu ‘Pintar, Hijau, Bersih’, sekali gus menitikber­atkan ketelusan dan integriti termasuk dalam bidang sukan.

Beliau turut mengharapk­an 2019 bakal membawa kejayaan lebih gemilang buat skuad MU selepas kali akhir muncul juara Liga Perdana 2016.

“Perbelanja­an besar disediakan untuk tujuan itu terutama penyenarai­an pemain berpengala­man,” katanya.

Tingkat corak persembaha­n

Skuad Hang Tuah musim ini turut diperkuat empat bekas kapten kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Razman Roslan, Shukor Adan dan Safiq Rahim.

Sementara, pemain import pula terdiri daripada Liridon Krisniqi (Kosovo), Jang Suk Won (Korea Selatan), Darko Markovic (Montenegro), Anselmo Casagrande serta Patrick Reichelt (Filipina).

“Dengan barisan pengalaman pemain terbaik, kami yakin skuad ini mampu memberi saingan kepada pasukan hebat termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang.

“Apapun kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan, sekali gus memastikan mereka sentiasa meningkatk­an corak persembaha­n,” kata Adly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia