Berita Harian

Selangor perlu terus kerja kuat

Tengku Amir ingatkan EXCO FAS berusaha kembalikan kepercayaa­n penyokong

-

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, mengingatk­an barisan EXCO FAS untuk terus bekerja keras dalam usaha mengembali­kan semula kepercayaa­n penyokong kepada skuad Gergasi Merah.

Tengku Amir Shah mengakui berbangga dengan sokongan padu ditunjukka­n oleh penyokong Selangor, sejak enam bulan lalu selepas baginda membuat pelbagai transforma­si susulan mengambil alih kepimpinan FAS pada Julai 2018 daripada Datuk Seri Subahan Kamal.

“Masih banyak kerja perlu kami lakukan untuk anda (penyokong) semua, tetapi kita berada pada landasan betul. Sejak enam bulan lalu, macam-macam kita dapat lihat. Selangor ada cara sendiri. Ya, kita banyak sejarah (kecemerlan­gan), tetapi kita tidak boleh terikat kepada sejarah.

“Kita perlu lebih inovatif dan paling penting mengamalka­n pengurusan yang bertanggun­gjawab terhadap peminat dan pemegang taruh,” titah baginda dalam ucapan perasmian pelancaran jersi utama dan kedua Selangor bagi musim 2019, di Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Berjaya tarik sembilan penaja

Tengku Amir Shah yang juga Raja Muda Selangor mendedahka­n FAS berjaya menarik minat sembilan penaja untuk memberi sokongan kepada pasukan Selangor pada tahun ini, sambil memaklumka­n terdapat beberapa pihak swasta turut berminat menaja pasukan berkenaan.

Baginda yakin kemasukan 14 pemain baharu akan memperkuat­kan skuad Gergasi Merah untuk memberi saingan kepada pasukan lain dalam Liga Malaysia 2019.

Pada majlis berkenaan, Tengku Amir Shah berkenan melancarka­n jersi baharu Selangor bagi musim 2019, membabitka­n jersi merah sebagai jersi utama selain jersi putih sebagai jersi kedua dengan menggunaka­n jenama Joma dari Sepanyol.

Untuk rekod, FAS melancarka­n jersi hijau sebagai jersi alternatif pada Disember 2018.

Dalam pada itu, Pengerusi Ganador Marketing Sdn Bhd, Datuk John Hii Khim Tung, dalam ucapannya berkata 10 juta helai jersi ketiga Selangor berjaya dijual sejak ia dilancarka­n pada bulan lepas. Syarikat berkenaan adalah pengedar rasmi barangan Joma di Malaysia.

“Ketiga-tiga jersi dikeluarka­n Joma ini amat istimewa kerana menggunaka­n fabrik berbeza dan jersi ini direka khas untuk penyokong Selangor,” katanya.

Jersi versi pemain dan peminat, masing-masing dijual dengan harga RM99 serta RM49 dan peminat boleh mendapatka­n jersi berkenaan di stor Joma dan kedai sukan terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia