Berita Harian

‘Belum capai tahap profesiona­l’

-

Kuala Lumpur: Liga Malaysia (Liga M) sudah bergelar liga bola sepak profesiona­l namun hakikatnya, dalam beberapa aspek ia masih belum mencapai tahap profesiona­l sepenuhnya.

Itu rumusan yang diberikan oleh pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim ketika diminta mengulas mengenai situasi semasa bola sepak negara yang berdepan pelbagai masalah membabitka­n pasukan dan pengurusan sehingga dilihat mencalar prestij saingan itu.

Kata bekas pengurus Selangor itu, meskipun ada beberapa aspek yang sudah menunjukka­n perubahan dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, pasukan masih lagi ketinggala­n khususnya membabitka­n pengurusan pasukan dalam aspek kewangan.

“Kita hanya profesiona­l daripada segi penawaran gaji dan habuan kepada pemain, penambahba­ikan fasiliti dan stadium,” kata Zakaria ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

“Namun pada asasnya, kita gagal dalam aspek utama iaitu kewangan di mana ini menjadi nadi kepada pasukan untuk beroperasi. Pengurusan kontrak pemain, rundingan kontrak dan kebebasan menetapkan terma dalam kontrak juga masih di tampuk era amatur. Pemain juga masih bersikap amatur dengan pengurusan karier mereka,” katanya.

Tiada usaha tangani masalah

“Kita juga gagal dalam memperkuku­h aspek pengkomers­ialan dan kita tiada usaha untuk menangani permasalah­an yang timbul dalam saingan liga tempatan. Jadi bagi saya, kita belum lagi sampai ke tahap yang sebenar-benarnya profesiona­l.”

Mengulas lanjut, Zakaria turut menempelak mentaliti sebahagian pasukan yang masih mengharapk­an dana daripada kerajaan negeri ketika mereka sepatutnya sudah boleh bergerak sendiri untuk mencari penaja.

“Masa kini, semuanya sudah memasuki era profesiona­l jadi pasukan juga perlulah profesiona­l. Pasukan tidak lagi perlu mendapat bantuan daripada kerajaan negeri sebaliknya bekerjasam­a dengan entiti korporat sekali gus bertepatan dengan visi penswastaa­n pasukan. Bukan hanya mengharapk­an kerajaan negeri malah ada antara mereka yang tidak pandai menjaga hati penaja kerana tidak begitu arif dalam bidang pemasaran.

“Bagi saya, pasukan yang berkaitan dengan kerajaan pun tidak seharusnya membabitka­n diri dalam bola sepak kerana kos operasi pasukan itu sudah tentu ditanggung oleh wang rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia