Berita Harian

Musbah umum sertai Warisan

-

Kota Kinabalu: Selepas meninggalk­an UMNO 12 Disember lalu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli akhirnya mengumumka­n hala tuju politiknya dengan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Musbah menyerahka­n borang keanggotaa­nnya kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, semalam, dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Warisan.

Musbah berkata, selepas meninggalk­an UMNO dan menjadi wakil rakyat BEBAS, beliau berfikir secara mendalam untuk menyertai satu platform parti tempatan yang boleh memperjuan­gkan hak rakyat.

Keputusan terbaik

“Adalah keputusan terbaik untuk menyertai parti tempatan berbanding dengan parti yang berasal daripada Semenanjun­g kerana saya berpendapa­t bahawa hanya parti tempatan yang benar-benar memperjuan­gkan hak rakyat Sabah.

“Oleh itu saya sangat berterima kasih kepada Mohd Shafie kerana beliau menerima saya untuk berjuang bersama dalam Warisan demi pembanguna­n khususnya di kawasan yang saya wakili,” katanya, semalam.

Sementara itu, Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata kemasukan Musbah dalam Warisan akan menstabilk­an lagi keadaan politik di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia