Berita Harian

Banjir jejas loji air Pitas

Operasi dihenti selepas paras air tinggi, arus deras

- Oleh Fardy Bungga dan Hazsyah Abd Rahman

Hujan berterusan yang menyebabka­n beberapa kawasan di utara Sabah dilanda banjir sejak awal pagi semalam turut menjejaska­n operasi Loji Rawatan Air Pitas, di sini.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ir Amarjit Singh, dalam kenyataann­ya, berkata loji itu yang berkapasit­i lima juta liter air sehari (MLD) terpaksa ditutup sementara semalam, berikutan paras air tinggi dan arus deras selain keruh.

Buka selepas paras air normal

Katanya, penutupan loji itu dilakukan bermula jam 1.30 pagi kelmarin, manakala operasi dihentikan bermula 12.00 tengah hari semalam, selepas keadaan paras air kembali normal.

“Orang ramai di kawasan sekitar yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung penutupan berkenaan boleh menghubung­i Careline JANS di talian 088-326888.

“JANS amat menghargai kesabaran pengguna dan segala kesulitan adalah dikesali,” katanya.

Penutupan berkenaan dilakukan berikutan peningkata­n paras air Sungai Bengkoka dan ia menjejaska­n seluruh daerah Pitas dengan seramai 2,633 pengguna.

Sementara itu, di Beluran anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran membantu mengeluark­an seorang wanita yang sedang sakit dan terperangk­ap akibat banjir di Kampung Memanjang, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun yang dilaporkan mengalami sakit di bahagian perut dikeluarka­n anggota bomba dengan sebuah bot sebelum dikejarkan ke Hospital Beluran untuk rawatan lanjut.

Belum ada mangsa dipindah

Hujan lebat sejak kelmarin menyebabka­n beberapa kawasan di Beluran turut dinaiki air, namun belum ada laporan pemindahan mangsa setakat ini.

Ketua BBP Beluran, Rastam Keladi, berkata selain Beluran, banjir turut dilaporkan melanda daerah kecil Paitan dan pihaknya sedang memantau situasi berkenaan.

JANS amat menghargai kesabaran pengguna dan segala kesulitan adalah dikesali” Amarjit Singh, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

 ?? [FOTO IHSAN APM] ?? Hujan lebat berterusan menyebabka­n beberapa kawasan di Pitas dinaiki air, semalam.
[FOTO IHSAN APM] Hujan lebat berterusan menyebabka­n beberapa kawasan di Pitas dinaiki air, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia