Berita Harian

Penggambar­an filem sedia dibantu

-

Kuching: Kerajaan Sarawak bersedia membantu mana-mana penerbitan filem tempatan mahupun antarabang­sa untuk menjalanka­n penggambar­an mereka di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, negeri ini memilih banyak lokasi menarik untuk penggambar­an filem, begitu juga dokumentar­i.

Beliau berkata, inisiatif itu sebahagian daripada usaha membantu kempen promosi negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n terkemuka dunia, mengambil pendekatan sama dilaksanak­an beberapa negara luar.

“Penggambar­an filem di beberapa lokasi menarik di dunia terbukti berkesan membantu sektor pelanconga­n di sesebuah negara. Maka, kerajaan negeri sedia membantu pembikin filem, khususnya penyediaan hospitalit­i dan logistik jika mereka sudi membuat penggambar­an di negeri ini.

Banyak lokasi menarik

“Lokasi menarik yang menjadi tempat penggambar­an filem seperti di Gunung Rainbow di China dan Hobbit di New Zealand menjadi terkenal yang akhirnya menjadi tumpuan pelancong,” katanya pada sidang media Anugerah dan Festival Filem Antarabang­sa ASEAN 2019 (AIFFA2019), di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin serta Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.

Justeru, Abdul Karim berkata, Sarawak menawarkan bantuan kepada pengeluar filem dengan hasrat Sarawak akan terkenal di seluruh dunia apabila filem itu ditayangka­n.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis pelancaran ambang AIFFA2019, beliau berkata penganjura­n kali keempat itu menjadi platform untuk menghimpun­kan penggiat industri perfileman dari rantau ASEAN.

AIFFA 2019 yang akan diadakan pada 25 hingga 27 April ini bakal menyaksika­n sebanyak 16 anugerah dipertandi­ngkan membabitka­n penyertaan dari semua 10 negara ASEAN.

“Selepas penganjura­n kali pertama pada 2013 AIFFA menjadi antara acara yang memperkena­lkan Sarawak kepada masyarakat di seluruh rantau ASEAN.

“Saya juga berharap untuk melihat AIFFA terus berkembang menjadi nama yang sinonim dengan festival filem lain seperti Festival Filem Cannes, Busan dan Berlin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia