Berita Harian

PPM Tawau selamatkan 6 pemancing

-

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menyelamat­kan enam pemancing yang hanyut di laut apabila bot yang mereka dinaiki mengalami kerosakan enjin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata semua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita tempatan, seorang lelaki Australia dan seorang lelaki Indonesia itu ditemukan pada pukul 4.55 petang, semalam.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan selepas Bilik Gerakan PPM Tawau menerima maklumat kecemasan dan bot ronda RH59 digerakkan bagi tugas mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohamad Pajeri berkata sejam kemudian sebuah bot pancing yang mengalami kerosakan enjin ditemukan di perairan Laut Inderasaba­h.

Katanya, operasi menyelamat itu berjalan lancar dan semua mangsa serta bot ditunda dan tiba di jeti pancing Fishing Paradise Sungai Balung, Kampung Inderasaba­h pada 8 malam.

Sementara itu, Mohamad Pajeri berkata PPM Tawau turut menahan tiga lelaki di perairan sini pada Khamis lalu atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, pada tangkapan pertama pada pihaknya menahan dua lelaki berumur 17 dan 24 tahun selepas cuba menyeludup keluar tujuh tong gas menggunaka­n dua perahu di kawasan Laut Haji Kuning pada 4.30 petang.

Ops Gelora

“Dalam Ops Gelora itu juragan bot gagal mengemukak­an surat kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan dipercayai tong gas itu hendak diseludup ke negara jiran,” katanya lagi.

Selain itu, kes kedua membabitka­n penahanan seorang lelaki berumur 48 tahun yang memunggah 320 bungkus rokok seludup dari hadapan kedai masuk ke dalam sebuah kereta di jalan pasar di sini.

 ?? [FOTO IHSAN PPM] ?? Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menyelamat­kan pemancing yang hanyut selepas mengalami kerosakan enjin di Perairan Inderasaba­h, semalam.
[FOTO IHSAN PPM] Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menyelamat­kan pemancing yang hanyut selepas mengalami kerosakan enjin di Perairan Inderasaba­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia