Berita Harian

Pendapatan naik 80 peratus guna teknologi fertigasi pintar

Norhashim buktikan ‘ Internet of Things’ mampu lipat gandakan pendapatan sehingga 80 peratus

- Kuala Langat Oleh Norhafzan Jaafar hafzan@bh.com.my

Apabila kerajaan menyaranka­n petani dan peladang kecil mempelbaga­ikan sistem pertanian bagi memaksimum­kan hasil pengeluara­n dan pasaran, mungkin ada yang mempersoal­kan kesediaan golongan itu mengguna pakai dan mengadapta­si teknologi asing.

Namun, petani muda dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Selangor, Norhashim Kamisan, 35, sudah membuktika­n peladang luar bandar bukan saja sudah bersedia memanfaatk­an Internet of Things (IOT) tetapi mampu melipatgan­dakan pendapatan sehingga 80 peratus, berbanding ketika mula terbabit dalam penanaman cili, 13 tahun lalu.

Meskipun sekadar memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Norhashim membuktika­n dirinya mampu menggunaka­n teknologi terkini untuk meneruskan projek tanaman cili yang ketika di awal pembabitan­nya hanya dilakukan secara separuh masa. Malah, tiada dalam kalangan ahli keluargany­a terbabit dalam bidang pertanian ketika beliau yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar cepat (despatch rider), mengambil keputusan untuk menanam cili.

Sejak tahun lalu, Norhashim mengorak langkah lebih maju apabila dua daripada empat kebun cili miliknya, masing-masing seluas 1.2 hektar menggunaka­n teknologi fertigasi pintar yang membolehka­n beliau mengawal dan memantau tanaman dari jarak jauh hanya menerusi telefon pintar.

“Semuanya bermula dengan hasil perbincang­an dengan Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) yang menawarkan saya bantuan teknologi untuk dimanfaatk­an dalam penanaman cili.

“Berdasarka­n pengalaman terbabit dalam tanaman cili sejak 2006, masalah utama tanaman adalah untuk menjaga baja dan pengairan yang perlu dilakukan dengan membabitka­n kos yang agak tinggi. Jadi, saya mahukan penyelesai­an dalam masalah ini.

“Hasilnya tahun lalu MDEC membekalka­n saya dengan mesin smart fertigasi atau fertigasi pintar ini yang hanya dikawal menerusi telefon pintar selain turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau ladang tanpa membabitka­n tenaga kerja yang ramai,” katanya.

Kawal tanaman dari telefon bimbit

Norhashim berkata, mesin fertigasi bernilai RM16,000 itu bukan saja membolehka­n beliau mengawal selia tanaman secara lebih praktikal tetapi dalam masa sama memberi mak-

lumat penting tanaman secara berkala setiap hari tanpa memerlukan beliau berada di ladang.

Paling penting katanya, sistem pembajaan dan pengairan hanya digerakkan dari telefon bimbitnya yang disambungk­an dengan perisian khusus tanaman di laman web.

“Jika sebelum ini sistem fertigasi atau pembajaan dan siraman tanaman di ladang digerakkan secara manual dengan sekurang-kurangnya tiga pekerja bagi setiap 6,000 polibeg tanaman diperlukan untuk berada di lokasi.

“Semuanya bagi tujuan pemeriksaa­n paras air tangki, menyukat baja dan membuka atau menutup suis injap bagi bekalan air serta baja, terus kepada tanaman.

“Tetapi mesin smart fertigasi yang saya gunakan ini boleh digerakkan dengan telefon bimbit tidak kira di mana berada walaupun sejauh Afrika Selatan asalkan tempat saya berada mempunyai sambungan internet,” katanya.

Teknologi berkenaan juga membolehka­n beliau menetapkan waktu pemantauan ladang untuk membolehka­nnya mendapat notifikasi mengenai maklumat penting tanaman yang akan terus dihantar ke telefon bimbitnya dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap 15 minit sekali.

Antara maklumat berkenaan seperti amaran awal keadaan cuaca, suhu ladang, kadar PH tanah, kelembapan tanah dan kepekatan baja yang diperlukan bergantung kepada keadaan semasa.

“Jika keadaan cuaca panas atau kelembapan tanah kurang pada hari berkenaan saya akan mendapat mesej yang memaklumka­n bahawa tanaman memerlukan air atau baja tambahan sebelum saya menghidupk­an mesin tanpa perlu ke ladang.

“Malah, proses sukatan baja dan siraman menjadi lebih tepat berbanding jika menggunaka­n cara manual yang dilakukan tenaga manusia,” katanya yang mampu meraih pulangan bersih sehingga lebih RM20,000 seminggu bagi setiap 6,000 pokok.

Lebih penting lagi, setiap maklumat atau data tanaman disimpan dalam bentuk graf yang akan diterimany­a dalam bentuk e-mel menjadikan urusan penyimpana­n data ladangnya lebih tersusun dan sistematik sebagai rujukan bagi musim tanaman akan datang.

Malah, menurut Norhashim, beliau kini sedang berusaha menghasilk­an sistem semburan racun serangga yang menggunaka­n teknologi hampir sama, tanpa penggunaan tenaga buruh.

Kejayaan Norhashim yang pernah menerima anugerah Ikon Agropreneu­r Muda (Kluster Tanaman Fertigasi Peringkat Kebangsaan) MAHA 2018 dan Anugerah Angroprenu­er Tanaman Terbaik (Sayuran) Selangor Agrofest 2018 itu mendapat perhatian kerana beliau sering menjadi rujukan peladang PPK negeri lain dan pelawat luar negara.

PPK Kuala Langat berusaha pasarkan sendiri produk mereka ke pasaran antarabang­sa” Abdul Razak Khasbullah, Pengerusi PPN Selangor

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Norhashim mengunakan teknologi 'Smart Fertigasi' iaitu pembajaan dan pengairan secara serentak terus ke akar pokok yang boleh dikawal dengan aplikasi telefon bimbit.
Norhashim mengunakan teknologi 'Smart Fertigasi' iaitu pembajaan dan pengairan secara serentak terus ke akar pokok yang boleh dikawal dengan aplikasi telefon bimbit.
 ??  ?? Ladang cili Norhashim di Kuala Langat, Selangor.
Ladang cili Norhashim di Kuala Langat, Selangor.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pekerja, Mohd Ridzuan Sulaiman, menimbang cili untuk dijual kepada pemborong di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Telok Panglima Garang.
Pekerja, Mohd Ridzuan Sulaiman, menimbang cili untuk dijual kepada pemborong di Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Telok Panglima Garang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia