Berita Harian

Pitt, Theron dilamun cinta?

Pasangan mula mesra sejak Krismas, bertemu 6 bulan lalu

-

Aktor Brad Pitt dan Charlize Theron dikhabarka­n menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih selepas kali pertama bertemu dalam satu penggambar­an enam bulan lalu.

Bagaimanap­un, sumber memaklumka­n majalah PEOPLE, keduaduany­a tidak menjalin hubungan istimewa selepas bertemu dalam satu penggambar­an iklan syarikat jam, Breitling bersama Adam Driver, tahun lalu.

“Pitt dan Theron sememangny­a menjalani penggambar­an bersama enam bulan lalu. Mereka tidak keluar bersama baru-baru ini dan tidak pernah berjanji temu. Laporan mereka menjalin hubungan istimewa tidak benar,” kata sumber.

Syarikat jam itu mengeluark­an sinopsis kempen September lalu di laman Facebook mereka dan video memaparkan ketiga-tiga bintang ketika penggambar­an.

Baru-baru ini, akhbar United Kingdom (UK), The Sun mendakwa, Pitt, 55, dan Theron, 43, menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih sejak Krismas.

“Pasangan kekasih itu amat mesra dalam satu majlis hiburan minggu lalu. Mereka tidak kekok bersentuha­n dan tangan Pitt sentiasa memegang bahu Theron. Pada satu ketika beliau mengenyitk­an mata,” kata sumber kepada akhbar.

Tambahnya lagi, Pitt dan Theron kelihatan amat gembira antara satu sama lain.

Sumber berasingan pula memaklumka­n saluran Entertainm­ent Tonight minggu ini, pasangan yang dikhabarka­n baharu menjalin hub- ungan itu tidak mahu tergesa-gesa.

Belum sedia jalin hubungan serius

“Mereka selesa antara satu sama lain dan mempunyai ramai kenalan. Brad dan Charlize memiliki ramai rakan sama dan berkongsi kecintaan terhadap lakonan, namun kedua-duanya tidak bersedia menjalin hubungan serius ketika ini,” kata sumber.

Pitt berkongsi hak penjagaan anak-anaknya, Zahara, 13, Shiloh, 12, Vivienne dan Knox, 10, Maddox, 16, dan Pax, 14, dengan bekas isterinya, Angelina Jolie. Pasangan itu berpisah pada 2016.

Theron memiliki dua anak angkat, August dan Jackson.

“Menurut dakwaan The Sun bahawa bekas suami Theron, Sean Penn memainkan peranan memperkena­lkan mereka berdua, ia sama sekali palsu. Tidak sama sekali,” kata sumber lain yang menafikan mereka menjalin hubungan.

Pitt agak sibuk selepas perpisahan­nya dengan Jolie, terbabit dalam beberapa projek lakonan dan penerbitan.

Beliau baru-baru ini selesai menjalani penggambar­an bersama Leonardo Dicaprio dan Margot Robbie dalam filem arahan Quentin Tarantino, Once Upon a Time in Hollywood, yang mengambil tempat di sini ketika era pembunuhan keluarga Manson.

Pitt juga bertindak sebagai produser eksekutif untuk filem If

Beale Street Could Talk menerusi syarikatny­a, Plan B dan baru-baru ini menghadiri tayangan tertutup calon harapan Oscar.

 ??  ??
 ??  ?? Pitt dan Theron bertemu ketika jalani penggambar­an iklan syarikat jam, Breitling, tahun lalu.
Pitt dan Theron bertemu ketika jalani penggambar­an iklan syarikat jam, Breitling, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia