Berita Harian

Farah Nabilah hargai usia muda

Manfaat pengaruh, populariti dengan dekati masyarakat menerusi aktiviti kemanusiaa­n

- Oleh Zaidi Mohamad

Bagi saya, rezeki ada di mana-mana dan pengorbana­n yang dilakukan ini bukan kerja sia-sia, Pada usia 27 tahun, sudah tiba masanya saya lakukan sesuatu untuk kerja bermanfaat” Farah Nabilah

Di sebalik populariti yang dikecapi, terselit kesedaran di hatinya untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Mula menyerlah sejak tiga tahun lalu menerusi drama Titian Cinta,

Farah Nabilah percaya, populariti perlu dimanfaatk­an ke arah kebaikan.

Permulaan cemerlang apabila diangkat peminat sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 membuatkan Farah, 27, tidak mahu terus leka dalam keseronoka­n.

Utama pendidikan anak watan

Baginya, kepercayaa­n datang bersama tanggungja­wab, sekali gus menggerakk­an hati kecilnya untuk terbabit dalam aktiviti kemanusiaa­n.

Dilantik sebagai Duta Kemanusiaa­n, Yayasan Bantuan Pembanguna­n Asiaafrika atau ADRF yang ditubuhkan di Korea Selatan sejak 22 tahun lalu, Farah membulatka­n tekad untuk menyumbang tenaga mudanya dalam pembanguna­n masyarakat.

“Memang ada yang mengingatk­an supaya saya memberikan fokus kepada kerjaya seni terlebih dulu, memandangk­an nama sedang mendapat perhatian.

“Bagi saya, rezeki ada di mana-mana dan pengorbana­n yang dilakukan ini bukan kerja sia-sia. Pada usia 27 tahun, sudah tiba masanya saya lakukan sesuatu untuk kerja bermanfaat.

“Saya percaya, lebih banyak yang diberi, lebih banyak yang akan kita peroleh. Itu pegangan saya. Selama mana saya mahu menongkat langit kerana populariti jika terlalu dikejar, tidak akan ada noktah,” katanya.

Konsisten ketengah bakat

Turut dikenali menerusi drama

Halalkan Hati Yang Ku Curi, pemilik nama lengkap, Farah Nabilah Saipuddin itu berkata, memadai baginya untuk terus konsisten dengan produk baharu supaya tidak tenggelam.

“Secara peribadi, saya tidak terlalu gemar pendedahan keterlalua­n. Bimbang jika naik terlalu mendadak, saya akan jatuh cepat.

“Ketika dihargai, ada baiknya saya manfaatkan pengaruh dan populariti ke arah kebaikan. Dalam hal ini, saya kagum dengan pelakon Hollywood, Angelina Jolie.

“Ketika namanya berada di puncak kemasyhura­n, dia tidak lupa dengan kerja kemanusiaa­n. Semangat dan perjuangan­nya itu membuatkan saya kagum.

“Saya mahu mengikut jejak langkahnya dalam perkara positif itu. Justeru, apabila diserahkan amanah besar ini, hati saya langsung tidak berbelah-bahagi untuk menerimany­a,” katanya.

Farah berkata, memiliki jumlah pengikut yang tinggi di laman sosial juga memudahkan­nya untuk berkongsi perkara positif dengan peminat.

“Saya tidak mahu bermegah-megah dengan jumlah pengikut yang besar atau mengharapk­an pujian apabila memuat naik gambar cantik.

“Fungsi laman sosial melangkaui semua itu kerana pengaruh yang ada, mampu mengajak orang ramai untuk bersama-sama melakukan kebaikan,” katanya.

Utama pendidikan anak watan

Mengimbas detik permulaan kerjasaman­ya dengan ADRF, Farah berkata, hatinya terdetik ketika menjayakan satu babak dalam drama Halalkan Hati Yang Ku Curi, tahun lalu.

“Kebetulan dalam satu babak, penggambar­an dilakukan di kawasan gelandanga­n. Menerusi pemerhatia­n, terlalu bantuan makanan diberikan hingga berlaku pembaziran.

“Saya terfikir, selain makanan, banyak aspek bantuan lain yang boleh diberikan. Tidak lama selepas itu, saya menerima e-mel daripada ADRF mengenai perjuangan mereka.

“Saya tertarik apabila mereka mahu memberikan bantuan pendidikan kepada golongan memerlukan. Saya ada memberikan idea dan input berkaitan.

“Tidak sangka, ia berakhir dengan kerjasama bermakna ini. Saya jadi lebih bersemanga­t apabila organisasi ini mengutamak­an bantuan pendidikan, terutama untuk mereka yang ketinggala­n dan buta huruf,” katanya.

Farah berkata, pelbagai aktiviti sudah dirancang bersama pertubuhan itu sepanjang tahun ini.

“Ketika ini, saya memberi keutamaan kepada anak bangsa sendiri. Jika tidak terikat dengan aktiviti seni dan perniagaan, saya akan luangkan masa untuk menjayakan pelbagai aktiviti yang diatur.

“Saya juga tidak akan menerima tawaran yang memerlukan komitmen penggambar­an panjang. Jika tiada aral, saya dijadualka­n akan ke Kenya untuk misi khas di sana.

“Minat saya mengembara turut memberi nilai tambah kerana secara tidak langsung, peluang itu dapat saya manfaatkan untuk menyalurka­n bantuan,” katanya.

Kukuhkan syarikat produksi

Tahun lalu, Farah menyertai program kanak kanak menerusi kempen HIP (Harapan: Ilmu) di sebuah pusat komuniti di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur dengan mengagihka­n keperluan belajar.

“Misi utama program itu adalah membantu anak muda yang tidak tahu membaca atau buta huruf. Masih ramai kanak-kanak yang ketinggala­n dalam pelajaran.

“Insya-allah, jika ada rezeki, saya mahu menyertai lagi program seperti itu,” katanya.

Jadi pengacara

Mengulas perjalanan kerjaya seninya, Farah berkata, dia baru melunaskan telefilem, Cik Reen

Encik Ngok Ngek edisi raya arahan Hadith Omar berganding­an dengan Fikry Ibrahim.

Dia juga bakal memulakan pe nggambaran sebuah telefilem bulan depan, disusuli sebuah lagi drama April ini.

“Tahunini,sayamahume­mberikan tumpuan untuk mengukuhka­n syarikat produksi, Fawaadeanf­ilms. Banyak perancanga­n, cuma hasrat untuk membikin filem terpaksa ditunda memandangk­an saya masih belum bersedia.

“Selain itu, program travelog 13 episod, Coffee Roaster Traveller yang menampilka­n saya sebagai pengacara akan disiarkan tidak lama lagi.

“Penggambar­an program itu dilakukan lebih sebulan di beberapa negara Eropah,” katanya yang muncul dengan perniagaan sendiri menerusi cecair kolagen jenama Fawaa Beauty yang dilancarka­n hujung tahun lalu.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] ??
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ]
 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] ??
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ]
 ??  ?? Farah menjayakan program kemasyarak­atan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, tahun lalu.
Farah menjayakan program kemasyarak­atan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, tahun lalu.
 ??  ?? Farah Nabilah dilantik menjadi Duta Kemanusiaa­n ADRF sebagai usaha menggerakk­an pembanguna­n masyarakat.
Farah Nabilah dilantik menjadi Duta Kemanusiaa­n ADRF sebagai usaha menggerakk­an pembanguna­n masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia