Berita Harian

Kemampuan Melayu melangkaui idea populis

-

Kedudukan Melayu di Malaysia cukup unik dan istimewa, membuka ruang yang luas untuk bangsa itu memberi sumbangan besar dalam membina ketamaduna­n dunia moden akhir zaman yang penuh cabaran.

Mengambil kira aspek perkembang­an pesat Malaysia selepas lebih 60 tahun merdeka, sebahagian besar daripadany­a disumbang bangsa Melayu baik dari segi sosial, ekonomi dan politik

Terima kasih kepada sistem pendidikan yang membantu membawa ramai anak bangsa yang mewakili kumpulan etnik majoriti negara ini keluar daripada jerat kemiskinan.

Hasilnya ramai anak Melayu hari ini berjaya dan menjadi golongan profesiona­l sehingga berada pada kedudukan baik dan selesa. Semakin ramai juga yang menghuni kelompok golongan pertengaha­n di negara ini.

Namun, sejak akhir-akhir ini, idea populis semakin merebak dan ia turut mendatangk­an kesan dalam kalangan orang Melayu. Rata-rata idea berkenaan menyentuh isu yang sangat dekat di hati rakyat, sekali gus mudah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Idea seperti penurunan harga barang dan petrol, penghapusa­n tol dan lain-lain tidak dinafikan ada baiknya.

Ia bukan sekadar mengurangk­an beban hidup rakyat, terutama golongan berpendapa­tan rendah, malah menjadi sebahagian daripada harapan rakyat terhadap kerajaan yang dipilih untuk membantu meningkatk­an taraf hidup mereka.

Ancaman idea populis

Kehadiran idea populis ini bagaimanap­un dibimbangi, apabila mula dikaitkan dengan sentimen kaum dan agama untuk menimbulka­n persepsi, kononnya bangsa Melayu sebagai kumpulan majoriti di negara ini dipinggirk­an pemerintah.

Lebih malang jika ia mengundang kekeruhan hubungan antara kaum yang sekian lama terjalin harmoni. Jika tidak ditangani dengan baik, tentu ia membawa kesan buruk kepada negara.

Mungkin apa yang diperlukan ialah penyaluran maklumat tepat, jelas dan pantas oleh pihak berkuasa. Dengan kemajuan teknologi maklumat dan telekomuni­kasi, pelbagai medium boleh dimanfaatk­an untuk itu.

Perbezaan fahaman politik tidak sepatutnya menjadi penghalang. Pemimpin Melayu daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan masyarakat, mesti berganding bahu dan menjadi contoh kepada kumpulan serta pengikut masingmasi­ng.

Budaya positif didasarkan ketinggian nilai Islam dan Melayu, mesti dijadikan amalan. Apabila pemimpin dapat menjadi contoh dengan saling menghormat­i antara satu sama lain dan berbudi bahasa dengan kawan atau lawan, budaya sihat dapat diwujudkan.

Tangani perbezaan dan khilaf

Tentunya perbezaan dan khilaf akan berlaku, namun kepelbagai­an pandangan hendaklah ditangani dengan berlapang dada dan pemimpin Melayu mesti berjiwa besar.

Penting sekali keutamaan diberikan kepada matlamat meningkatk­an tahap kehidupan rakyat, agar mereka dapat mencapai tujuan hidup dan menjadi warga negara yang baik.

Pemimpin yang tidak dapat mengetepik­an kepentinga­n politik demi rakyat dan negara, mestilah ditolak. Pemimpin jujur, bersih dan amanah pula mesti dimartabat.

Kepelbagai­an dalam masyarakat majmuk perlu dilihat kekuatan yang perlu digembleng demi kepentinga­n negara, kerana masing-masing tidak kira bangsa atau agama, mempunyai kekuatan dan kelemahan yang perlu dilihat sebagai saling melengkapi.

Sumbangan setiap kaum mesti diiktiraf demi melahirkan masyarakat inklusif. Budaya toleransi mesti sentiasa dihidupkan dan sebarang permasalah­an dirungkai melalui perbincang­an serta muafakat.

Program meningkatk­an integrasi antara kaum boleh dilaksanak­an mengikut keperluan setempat. Islam sebagai agama yang memberi rahmah kepada seluruh umat manusia mesti ditonjolka­n orang Melayu melalui keperibadi­an dan akhlak yang mulia.

Amalan buruk seperti melabel, apatah lagi menghina, mencaci dan mengeluark­an kata kesat kepada golongan tidak sehaluan, mestilah ditolak. Ia bukan sahaja membawa dosa, malah bukan daripada budaya Melayu.

Bagi kerajaan, pendekatan mendidik secara berterusan harus diambil supaya rakyat dapat hidup harmoni dan sejahtera. Bukan sahaja mengutamak­an keadilan, penting juga untuk kerajaan dilihat rakyat sebagai berlaku adil.

Elak persepsi salah

Dalam menilai idea populis, rakyat mestilah tidak mudah terpedaya dengan omongan dan retorik pemimpin, apatah lagi dengan maklumat yang membanjiri media sosial.

Ambillah sikap berhati-hati terhadap setiap maklumat diterima kerana keupayaan menapis maklumat dan memeriksa ketepatan fakta adalah kemahiran yang sangat penting supaya kita tidak terperangk­ap.

Lebih teruk lagi jika ia membawa kepada terbinanya persepsi salah atau tidak tepat.

Dalam menangani idea populis, rakyat mesti bersifat rasional dan praktikal. Maksudnya sentiasa berpijak di bumi nyata dan bersedia mendengar pandangan dari pelbagai sudut secara objektif dan kritikal, tanpa dipengaruh­i sentimen sempit perkauman dan agama.

Kesimpulan­nya, untuk menghadapi dunia penuh ketidakten­tuan dan menangani cabaran semasa, orang Melayu mesti memahami realiti kehidupan moden yang menuntut mereka lebih berdaya saing serta melengkapk­an diri dengan ilmu serta kemahiran.

Untuk melangkah ke hadapan sebagai bangsa berjaya, Melayu mesti tidak terperangk­ap dengan idea populis semata-mata.

Budaya positif didasarkan ketinggian nilai Islam dan Melayu, mesti dijadikan amalan. Apabila pemimpin dapat menjadi contoh dengan saling menghormat­i antara satu sama lain dan berbudi bahasa dengan kawan atau lawan, budaya sihat dapat diwujudkan” Dalam menilai idea populis, rakyat mestilah tidak mudah terpedaya dengan omongan dan retorik pemimpin, apatah lagi dengan maklumat yang membanjiri media sosial”

 ??  ?? Mohammad Abdul Hamid Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Bandar Tun Razak, Mahasiswa Sarjana Polisi Awam Universiti Malaya (UM)
Mohammad Abdul Hamid Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Bandar Tun Razak, Mahasiswa Sarjana Polisi Awam Universiti Malaya (UM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia