Berita Harian

Antara mendidik dan menghukum

-

Sehari dua ini, topik berkaitan Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) kembali menjadi buah mulut apabila timbul cadangan menambah jumlah kamera terutama di lokasi yang sering berlaku kemalangan di enam lebuh raya kendalian PLUS, termasuk di Jambatan Pulau Pinang.

Ramai khuatir ia akan membebanka­n pengguna jalan raya, malah ada yang menuduh kerajaan mahu memerah wang rakyat melalui saman. Apa telahan sekali pun, Belalang percaya pemasangan AES ada positifnya.

Jika dilihat kes menimpa Moey Yun Pen, yang maut selepas terjunam ke laut bersama keretanya di Jambatan Pulau Pinang, pasti kita tidak menolak pemasangan AES itu. Sudah banyak usaha mendidik pengguna jalan raya dilakukan, tetapi kadar nahas dan korban jalan raya masih tinggi.

Justeru, Belalang rasa sudah sampai masa untuk beralih ke fasa lebih tegas, iaitu menghukum. Kenapa takut dengan saman, kalau tak lakukan kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia