Berita Harian

HOSPITAL WAKAF PERTAMA DI JOHOR, RAWATAN PERCUMA UNTUK ASNAF

Pembanguna­n di Bandar Baru Uda melalui dana TWRJ dijangka siap 2023

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Perbadanan Islam Johor (PIJ) melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) bakal membangunk­an sebuah hospital pakar berkapasit­i 306 katil yang bernilai RM300 juta di Johor yang dijangka siap pada 2023.

Hospital yang akan dibina di Bandar Baru Uda, Johor Bahru itu akan dibangunka­n secara usaha sama dengan Kencana Healthcare Sdn Bhd.

Pengurus Besar PIJ, Abdul Rashid A Rahman, berkata hospital pakar itu akan dibangunka­n di atas tanah waqaf seluas 2.23 hektar milik Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang kini telah diserahkan kepada PIJ untuk diuruskan.

“Ketika ini, kemudahan merancang telah disiapkan dan sedang menunggu kelulusan pelan pembanguna­n daripada pihak berkuasa tempatan. Kita jangka, ia akan diluluskan pada Mac ini dan pembinaan bermula sebulan selepas itu.

Tenaga perubatan IJN, PPUM

“Hospital ini apabila siap dibina kelak, akan diuruskan oleh tenaga perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kadar caj rawatan yang akan dikenakan kepada semua pesakit dijangka 10 peratus lebih rendah daripada caj di hospital swasta lain manakala untuk golongan asnaf yang berdaftar dengan MAIJ akan mendapat rawatan percuma di hospital ini,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Abdul Rashid, berkata sebuah hotel empat bintang setinggi lapan tingkat juga akan dibangunka­n bersebelah­an dengan hospital berkenaan.

“Pembinaan hotel ini adalah untuk menyediaka­n kemudahan penginapan kepada pelanggan yang ingin menemani pesakit sepanjang menerima rawatan di hospital berkenaan. Selain itu, ia juga sebagai antara daya tarikan bagi merancakka­n sektor pelanconga­n hospital di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Rashid berkata, TWRJ kini mempunyai lebih RM12 juta dana waqaf di bawah pengurusan­nya dan setakat ini sudah menggunaka­n RM250,000 bagi pembinaan sebuah surau dan RM400,000 untuk pusat hemodialis­is.

“Untuk tahun ini, kita merancang untuk membina dua pusat perniagaan di Johor yang masing-masing bernilai RM2 juta. Pada masa ini jururundin­g sedang menilai pelan konsep pembanguna­n yang telah dicadangka­n dan kami menjangkak­an ia akan mula dibangunka­n tidak lama lagi,” katanya.

Ketika ini, kemudahan merancang telah disiapkan dan sedang menunggu kelulusan pelan pembanguna­n daripada pihak berkuasa tempatan. Kita jangka, ia akan diluluskan pada Mac ini dan pembinaan bermula sebulan selepas itu” Abdul Rashid A Rahman, Pengurus Besar PIJ

 ?? [ FOTO LAKARAN ARTIS ] ??
[ FOTO LAKARAN ARTIS ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia