Berita Harian

Pekerja tak perlu takut tampil kemuka aduan

-

Alor Setar: Majikan yang culas membayar caruman Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan dikenakan tindakan kerana cuai dalam melaksanak­an hak pekerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata pekerja yang dinafikan hak mereka mencarum PERKESO itu perlu tampil membuat aduan bagi memudahkan tindakan diambil.

Katanya pekerja tidak perlu takut untuk berbuat demikian kerana PERKESO akan melindungi pemberi maklumat seterusnya melakukan siasatan telus.

Katanya, aduan daripada pekerja adalah lebih baik berbanding mengharapk­an PERKESO menjejaki atau mengenal pasti sendiri majikan yang tidak mencarum.

“Ramai yang takut untuk membuat laporan kerana bimbang mereka akan dikenakan tindakan oleh majikan, jangan biarkan keadaan itu berterusan, kita akan lindung pekerja yang membuat aduan.

“PERKESO akan buat siasatan sama ada pekerja itu wajar dan layak dicarumkan PERKESO, itu hak mereka.

“Jika berlaku kemalangan ketika bekerja, barulah mereka akan sedar betapa caruman yang kecil itu dapat membantu terutama bagi mereka yang hilang keupayaan untuk bekerja selepas kemalangan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Tetap diberi hak

BH semalam melaporkan kira-kira 7.3 juta daripada 14 juta pekerja di Malaysia termasuk yang bekerja sendiri tidak mencarum PERKESO menyebabka­n mereka tidak dilindungi dari sudut kebajikan dan jaminan masa depan.

Mengulas lanjut, Mahfuz menjelaska­n pekerja yang tidak mencarum tetap diberikan hak sekiranya berlaku kemalangan ketika bekerja sekiranya mereka dapat menunjukka­n bukti menerusi surat perlantika­n bekerja atau menerusi penyata gaji yang diterima setiap bulan.

Ramai teksi enggan carum

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kecewanya apabila masih ramai pemandu teksi dan ehailing yang enggan mencarum PERKESO.

“Daripada 100,000 pemandu teksi, hanya 10,000 yang mencarum. Walaupun ia tidak wajib, tetapi mereka ini golongan yang berisiko berlaku kemalangan, begitu juga dengan yang bekerja sendiri, jangan ambil mudah dengan caruman ini.

“Saya harap selepas ini akan lebih ramai yang lebih peka dan mengambil langkah bijak untuk membuat caruman PERKESO,” katanya.

PERKESO akan buat siasatan sama ada pekerja itu wajar dan layak dicarumkan, itu hak mereka” Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia