Berita Harian

Keputusan jadi peringatan kepada PH: Anwar

-

Kuala Lumpur: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands kelmarin perlu dijadikan peringatan kepada kepemimpin­an PKR dan Pakatan Harapan (PH) supaya peka dengan kegelisaha­n rakyat terutama berkaitan ekonomi dan kos sara hidup.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH juga perlu berusaha gigih memenuhi manifesto Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14) selain menangani isu perkauman dan agama dengan penuh hikmah.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor, yang memenangi PRK itu, Anwar berkata Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) juga melaksanak­an tugas dengan baik terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal.

Anwar berkata demikian dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Dalam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, Ramli memperoleh 3,238 undi majoriti atau 12,038 undi keseluruha­n menewaskan tiga lagi pencabarny­a iaitu Manogaran serta dua calon bebas, bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee yang juga petani tempatan.

Manogaran, yang tiga kali bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini memperoleh 8,800 undi, sementara Sallehudin (314 undi), dan 276 undi diperoleh Seng Yee.

Kekalahan sudah dijangka

Di Klang, Ahli Jawatankua­sa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Kim, berkata PH memerlukan lebih masa untuk menembusi kawasan yang menjadi kubu kuat BN pada pilihan raya akan datang.

Katanya, kekalahan Manogaran kelmarin juga sudah dijangka lebih awal.

Katanya, kawasan pengundi yang berada di pedalaman turut menjadi antara faktor kekalahan PH kepada calon BN, Ramli Mohd Nor.

“Itu sesungguhn­ya sudah dalam jangkaan, kerana BN tidak pernah kalah di Cameron Highlands.

“Ia berada di kawasan pedalaman dan banyak maklumat tidak dapat disampaika­n kepada pengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengedarka­n limau di Pasar Pagi Taman Eng Ann, di sini, semalam.

Di Muar, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub, berkata kekalahan PH wajar menjadi peringatan yang baik kepada semua parti dalam pakatan berkenaan.

Katanya ia adalah keputusan rakyat dan perkara biasa dalam setiap PRK.

“Dalam PRK ini ada banyak faktor yang menunjukka­n bahawa keputusan itu kadang-kadang berpihak kepada parti pemerintah seperti Barisan Nasional (BN) dahulu yang sekarang ini PH. Sekarang (keputusan PRK) berpihak kepada parti pembangkan­g.

“Apa yang penting, PH akan membuat analisis yang sewajarnya supaya kita dapat melihat apakah perkara yang masih lagi atau mungkin rakyat tak puas hati dengan kerajaan PH yang baru masuk bulan kelapan,” katanya.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, walaupun pilihan raya umum (PRU) masih jauh, PH perlu melihat secara terperinci isu yang perlu ditangani dan diperbaiki pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia