Berita Harian

Syor kerajaan tubuh pusat latihan tadbir urus bandar

-

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta menubuhkan Institut Latihan, Pengurusan dan Tadbir Urus Perbandara­n, bagi memenuhi keperluan pengurusan perbandara­n yang lebih baik, ekoran pembanguna­n bandar raya serta bandar yang semakin pesat.

Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata proses urbanisasi yang pesat menjurus kepada pembanguna­n bandar, namun ia perlu selari dengan aktiviti penduduk yang berdepan tekanan persekitar­an secara fizikal, psikologi dan sosial.

Katanya, ini cabaran utama abad ke-21, justeru penubuhan institut itu perlu dibiayai kerajaan.

Perkembang­an pesat bandar

“Bandar yang kita lihat hari ini sudah berubah secara dramatik, persekitar­an akan membentuk semula cara kita menjalani kehidupan. Zaman perbandara­n baharu ini memberi peluang bagi membina dan mencipta semula bandar kita.

“Perancanga­n dan reka bentuk menentukan persekitar­an hidup kita, masalah perbandara­n yang timbul berupaya memberi cabaran baharu bagi pentadbir menjadikan kawasan bandar lebih baik,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia, Tan Sri Sulaiman Mahbob, berkata terdapat 150 kerajaan tempatan di negara ini, tetapi tidak mempunyai institut latihan pusat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja pengurusan bandar.

Lam Thye berkata, isu perbandara­n seperti proses globalisas­i, masalah alam sekitar, kemiskinan bandar, kelestaria­n, tadbir urus dan bagaimana memperbaik­i kualiti kehidupan bandar perlu ditangani.

“Perkara ini menuntut kerajaan menubuhkan Institut Tadbir Urus Perbandara­n sebagai pusat sumber dan latihan tadbir urus, serta pembanguna­n bandar.

“Secara tidak langsung, ia dapat membantu aktiviti penyelidik­an, memberi sokongan kepada ahli akademik dan individu menjalanka­n penyelidik­an serta memberi nasihat terhadap pembanguna­n dasar kerajaan dalam aspek tadbir urus, pembanguna­n dan pengurusan bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia