Berita Harian

Macron ‘panas’ minggu ke-11

Rakyat berkumpul cabar pentadbira­n Presiden Perancis

-

Kira-kira 69,000 warga Perancis memakai 'Ves Kuning' membanjiri jalan raya untuk melancarka­n bantahan besarbesar­an ke atas dasar pentadbira­n Presiden Emmanuel Macron.

Dalam proses itu mereka turut bertempur dengan anggota polis di beberapa bandar raya merentasi negara itu ketika tunjuk perasaan itu kini sudah memasuki minggu ke-11.

Macron dikatakan gagal meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga minyak dan peningkata­n kos sara hidup.

Kementeria­n Dalam Negeri berkata daripada jumlah besar itu 4,000 menyertai demonstras­i di Paris. Sabtu lalu, angka bantahan mencecah 84,000 orang.

Bantah harga minyak naik

Penunjuk perasaan memakai ‘Ves Kuning’ mula berdemonst­rasi sejak November lalu, bagi membantah kenaikan harga minyak dan ia semakin mendapat sambutan apabila lebih ramai penduduk Perancis keluar memenuhi jalan raya setiap minggu.

Malah, di Paris, antara lokasi tumpuan penunjuk perasaan setiap minggu adalah di lebuh Champs-elysees, sebelum beberapa kumpulan peserta demonstras­i yang berarak dari pelbagai arah berkumpul di dataran Bastille.

Walaupun, perhimpuna­n berlangsun­g secara aman, terdapat beberapa kumpulan penunjuk perasaan di Bastille yang membuat sekatan dan membaling objek ke arah polis, yang sering bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata serta meriam air.

Menurut pihak polis, sehingga kini, seramai 52 individu sudah ditahan di Paris.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Penunjuk perasaan ‘Ves Kuning’ cuba mengelak gas pemedih mata dilancarka­n polis Perancis ketika bantahan antikeraja­an di Nantes, kelmarin.
[ FOTO AFP ] Penunjuk perasaan ‘Ves Kuning’ cuba mengelak gas pemedih mata dilancarka­n polis Perancis ketika bantahan antikeraja­an di Nantes, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia