Berita Harian

Iran optimis jumpa ‘jerung besar’

-

Abu Dhabi: Jurulatih Iran, Carlos Queiroz melaungkan amaran bahawa pasukannya memiliki ‘taring pemangsa’ selepas mara ke separuh akhir Piala Asia.

Ketiadaan Korea Selatan dan Australia yang tewas mengejut di peringat suku akhir meletakkan skuad Melli itu sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan.

Ujian menanti mereka apabila perlu mengalahka­n juara empat kali Jepun di separuh akhir, hari ini sebelum tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan berdepan Qatar, 24 jam kemudian.

Berdepan tekanan hebat untuk memenangi gelaran paling tinggi peringkat Asia buat kali pertama sejak tahun 1976, Iran terus melangkah dalam kejohanan itu selepas beberapa pesaing yang mereka risaukan sudah tersingkir.

“Kami tahu jerung besar akan datang kepada kami,” kata Queiroz selepas Iran membelasah China 3-0 di peringkat suku akhir. “Apa yang kami lakukan terhadap China tidak mencukupi.”

Selepas Korea dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar dan UAE turut menyingkir­kan juara bertahan Australia dengan jaringan sama, pemain Iran kini sudah mula boleh mengimpika­n kejuaraan.

Jepun bukan lawan mudah

Tetapi skuad Jepun yang dibarisi pemain baharu bukan lawan mudah kerana mereka turut menyasarka­n untuk melebarkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian Hajime Moriyasu.

“Kita perlu beraksi dengan baik sejak dari permulaan,” kata kapten Jepun, Maya Yoshida selepas skuad Samurai Biru mengalahka­n Vietnam 1-0 menerusi penalti hasil bantuan video bantuan pengadil (VAR) - kemenangan kelima berturut-turut mereka dengan perbezaan satu gol.

“Sekiranya kami tidak boleh membuka langkah awal, kami tidak akan menang.”

Iran sudah meledak 12 goal dalam lima perlawanan - empat daripadany­a dijaringka­n oleh ‘Messi Iran’, Sardar Azmoun dan belum melepaskan sebarang gol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia