Berita Harian

2,709 mangsa banjir huni penempatan sementara

Keadaan bah di Kota Belud, Matunggong, Sipitang pulih

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Seramai 2,709 mangsa banjir di negeri ini dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 petang semalam.

Bilangan itu meningkat berbanding 2,607 mangsa banjir yang dilapor dipindahka­n hingga jam 12 tengah hari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata mangsa banjir paling ramai ialah di Kota Marudu yang bertambah menjadi 2,634 orang daripada 667 keluarga, berbanding 2,470 mangsa daripada 518 keluarga sebelum itu.

Beliau berkata, pemindahan mangsa banjir di daerah kecil Paitan pula membabitka­n 48 orang daripada 11 keluarga, manakala 27 mangsa daripada lapan keluarga di daerah Pitas, yang ditempatka­n di empat PPS.

“Tiga PPS lain sudah ditutup setakat jam 1.30 tengah hari tadi (semalam), iaitu di Dewan Terbuka Matunggong yang menempatka­n 24 mangsa dari daerah kecil Matunggong, Dewan Masyarakat Tun Said (26 mangsa di Kota Belud) dan Dewan Serbaguna Sipitang (12 mangsa di daerah Sipitang).

16 PPS masih dibuka

“Sebanyak 16 PPS masih dibuka, setakat ini, membabitka­n 12 di Kota Marudu dan masingmasi­ng dua di Pitas serta daerah kecil Paitan dengan jumlah keseluruha­n mangsa banjir ialah 2,709 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, petang semalam.

Secara keseluruha­n, beliau berkata, seramai 62 mangsa di Kota Belud, daerah kecil Matunggong dan Sipitang dibenarkan pulang, semalam, selepas keadaan banjir di daerah terbabit pulih.

Tengah hari semalam, bilangan mangsa banjir dilaporkan meningkat berikutan pembukaan dua PPS baharu di daerah kecil Paitan menjadikan jumlah keseluruha­n mereka yang dipindahka­n ialah seramai 2,607 orang berbanding 2,555 pada sebelah pagi.

Banjir mula melanda daerah terbabit, kelmarin, akibat hujan berterusan dengan Kota Marudu menjadi daerah pertama melaksanak­an pemindahan pada jam 8 pagi membabitka­n 118 mangsa sebelum meningkat kepada 1,425 orang pada malamnya.

 ?? [ FOTO RECQUEAL RAIMI/BH ] ?? Mangsa banjir dipindahka­n ke pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, semalam.
[ FOTO RECQUEAL RAIMI/BH ] Mangsa banjir dipindahka­n ke pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia