Berita Harian

Pilihan raya guna e-undi

Kaedah pengundian secara elektronik (e-undi) yang lebih selamat, jimat kos, masa dan jamin kerahsiaan undi kini dalam pertimbang­an sebagai sebahagian reformasi sistem pilihan raya Malaysia Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya, Azhar Azizan Harun dedahkan p

- Oleh Johari Ibrahim, Che Wan Badrul Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi

Laporan Johari Ibrahim, Che Wan Badrul Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mempertimb­angkan pelaksanaa­n kaedah pengundian secara elektronik (e-undi) yang lebih selamat dan menjimatka­n kos, sebagai sebahagian daripada reformasi sistem pilihan raya negara.

Kajian SPR mendapati kaedah berkenaan yang digunakan di Russia, Korea Selatan, India dan Congo, juga dapat menjimatka­n banyak masa serta meminimumk­an jumlah kakitangan diperlukan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, memberitah­u BH, pihaknya sudah melakukan ‘pencarian fakta’ serta berbincang dengan beberapa pihak, termasuk pegawai dari negara yang sudah melaksanak­an kaedah e-undi dan pengundian internet.

Katanya, suruhanjay­a itu tidak begitu berminat dengan kaedah pengundian internet seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat, kerana terdedah kepada risiko digodam, selain sukar ‘mempertaha­nkan diri’ jika timbul dakwaan sistem berkenaan diganggu.

Sebaliknya, beliau berkata, e-undi yang menggunaka­n sistem simpanan data berasingan bagi setiap pusat undi adalah lebih selamat, serta mempunyai data dan dokumen sokongan jika timbul sebarang isu.

Papar calon guna tablet

Menerusi kaedah itu, pengundi akan ke tempat mengundi seperti biasa, tetapi akan menggunaka­n pengesahan kad pengenalan dan biometrik apabila berada di dalam bilik mengundi, manakala senarai calon dan parti diwakili, dipapar menggunaka­n tablet.

Data pengundi juga dipamerkan pada skrin besar untuk rujukan ejen pusat mengundi berbanding kaedah konvension­al, yang memerlukan pegawai SPR membaca dengan kuat nama dan nombor kad pengenalan pengundi untuk ditanda secara manual oleh ejen parti bertanding.

Pengundian kemudian dilakukan dengan menekan butang mewakili calon bertanding dan serentak itu data disalurkan ke Borang 14, manakala cetakan kertas undi dibuat sebagai sokongan jika timbul sebarang isu ketika proses penjumlaha­n undi.

Borang 14 juga dikenali sebagai Borang Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi, yang perlu ditandatan­gani Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Tanpa borang itu bersama tandatanga­n KTM, pengesahan mengenai kemenangan mana-mana calon pilihan raya tidak boleh diisytihar­kan.

Maklumat yang perlu ada dalam borang itu, termasuk senarai semua calon bertanding, nama parti politik diwakili mereka serta jumlah undi.

Menerusi e-undi, Azhar berkata, jumlah undi akan diketahui sertamerta sebaik pusat mengundi ditutup, kerana semua data sudah dimasukkan dalam sistem, yang juga ada sokongan kertas undi.

Kerahsiaan undi terjamin

Sistem berkenaan katanya, tidak bersambung dengan pusat penjumlaha­n undi secara dalam talian, tetapi proses kiraan undi secara manual dan percetakan kertas undi tidak diperlukan, sekali gus menjimatka­n banyak kos.

“Kerahsiaan undi adalah terjamin. Selepas pemilih mengundi, mesin keluarkan satu cetakan, ejen parti pun lihat proses ini berjalan. Undi ditolak pun boleh kenal pasti kerana sistem itu boleh diselarask­an titik sentuhan di luar kotak undi, yang biasanya menyebabka­n undi ditolak,” katanya.

Ditanya setakat mana SPR serius melaksanak­an sistem itu, beliau berkata, pihaknya melihat ia sebagai satu ‘peluang.’

Katanya, isu kos dan keselamata­n memerlukan penelitian lebih mendalam, termasuk memperoleh pandangan pihak berkaitan seperti parti politik, pakar teknologi maklumat (IT) serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya tidak tetapkan sasaran (laksana e-undi), saya mahu tengok dahulu. Pertama, kita kena tetapkan mahu buat atau tidak. Ia baik setakat yang kita tengok sekarang,” katanya sambil menambah, pelaksaan sistem itu juga memerlukan pindaan beberapa akta dan peraturan berkaitan pilihan raya.

Beliau berkata aspek pendidikan kepada pengundi terutama di kawasan pedalaman perlu ditekankan jika negara mahu melaksanak­an sistem e-undi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia