Berita Harian

Masalah teknikal jejas santuari gajah

Projek RM15 juta sepatutnya siap bulan lalu

- Oleh Ibrahim Isa

Beberapa masalah teknikal menyebabka­n Projek Santuari Gajah di Kampung Panti, Kota Tinggi, yang mula dibina sejak 2008 tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata projek membabitka­n dua fasa itu dirangka untuk menempatka­n 75 ekor gajah.

“Projek ini dilaksanak­an di tanah seluas 100 hektar dengan kos fasa pertama bernilai RM15 juta dan apabila siap, ia bakal menempatka­n pejabat serta kawasan luas untuk gajah bergerak bebas.

“Ia sepatutnya siap awal tahun ini, namun atas beberapa masalah teknikal terlewat enam bulan.

“Saya akan semak semula masalah berkenaan dan paling penting, bagaimana pembinaan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Kekurangan makanan

“Punca utama gajah mengganggu kampung disebabkan kekurangan makanan, mungkin disebabkan penerokaan hutan di pinggir kampung sejak kebelakang­an ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, santuari gajah itu boleh menempatka­n sehingga 75 gajah dan boleh menarik minat pelabur serta pelancong ke kawasan berkenaan, berikutan kedudukann­ya berhampira­n Santuari Burung Panti serta Air Terjun Kota Tinggi.

Jumaat lalu, sekumpulan gajah menceroboh Kampung Lukut, Kampung Bukit Lintang dan Kampung Sepak Hilir, dipercayai mencari makanan dengan jarak hanya kira-kira dua meter dari rumah penduduk.

Dalam kejadian Ahad lalu pula, sekumpulan gajah menceroboh perkaranga­n Pusat Penyembuha­n, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kota Tinggi, dipercayai mencari makanan menyebabka­n pusat berkenaan kerugian hampir RM200,000.

Kejadian pada jam 10 malam hingga awal pagi itu menyebabka­n kerosakan pagar keselamata­n, selain tanaman di laluan pintu masuk pusat berkenaan.

 ?? [FOTO MOHD SABRAN MD SANI/BH] ?? Penduduk menunjukka­n tanaman yang dirosakkan gajah liar di Kampung Lukut, Kota Tinggi, baru-baru ini.
[FOTO MOHD SABRAN MD SANI/BH] Penduduk menunjukka­n tanaman yang dirosakkan gajah liar di Kampung Lukut, Kota Tinggi, baru-baru ini.
 ??  ?? Sahruddin Jamal
Sahruddin Jamal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia