Berita Harian

HARVAST tingkatkan hasil tanaman

Kajian terhadap penggalak fotosintes­is dijalankan sejak 2015

- Oleh Nor Azma Laila

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilk­an produk inovasi dikenali sebagai penggalak fotosintes­is menggunaka­n teknologi Carbon Dots (titik karbon) yang boleh meningkatk­an hasil tuaian tanaman hingga 30 peratus.

Melalui inovasi itu, kadar fotosintes­is mampu meningkat antara 20 hingga 80 peratus bergantung kepada jenis tanaman, manakala kos penghasila­n

Carbon Dots pula kira-kira 90 peratus lebih rendah berbanding kaedah konvension­al.

Ketua penyelidik, Prof Madya Dr Suraya Abdul Rashid, berkata produk yang diberi nama HARVAST itu menggunaka­n

Carbon Dots yang mempu- nyai saiz zarah kurang daripada 10 nanometer (nm).

“Apabila HARVAST yang dalam bentuk cecair ini disembur pada daun, saiz zarah Carbon Dots yang sangat kecil membolehka­nnya memasuki daun sehingga ke kloroplas.

Teknologi masa depan

“Fungsi Carbon Dots membantu dalam proses pertukaran elektron ketika proses fotosintes­is, yang secara langsung dapat meningkatk­an kadar fotosintes­is pokok dengan mendadak,” katanya.

Kajian terhadap penggalak fotosintes­is itu mula dijalankan pada 2015 dan sudah diuji ke atas sayursayur­an, cili dan pokok padi di Fakulti Pertanian UPM.

Pada 2016, teknologi itu berjaya dipatenkan dan kini usaha membangunk­an lagi produk inovasi berkenaan sedang dijalankan melalui program Innohub, Putra Science Park, UPM.

Suraya yang juga Ketua Laboratori Makmal Pemprosesa­n dan Teknologi Bahan, Institut Teknologi Maju (ITMA) UPM berkata, produk inovasi itu adalah satu bentuk teknologi pertanian masa depan.

Pertanian tertutup

Berikutan itu, pertanian tertutup dapat dilakukan kerana proses fotosintes­is boleh berlaku dalam kea- daan cahaya yang malap seperti di dalam rumah dengan menggunaka­n lampu biasa.

“HARVAST boleh digunakan untuk semua jenis tumbuhan kecuali pokok yang dikategori­kan sebagai C4 iaitu jagung dan tebu kerana cara fotosintes­is pokok berkenaan berbeza daripada pokok C3 seperti sayur-sayuran dan buah- buahan termasuk durian.

“HARVAST hanya perlu disembur pada daun tumbuhan seminggu atau dua minggu sekali bergantung kepada jenis pokok dan kaedah penghasila­nnya yang tidak menggunaka­n sebarang bahan kimia berbahaya, maka hasil tanaman selamat dimakan,” katanya.

Produk inovasi HARVAST pernah memenangi pingat emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidik­an dan Inovasi (PRPI) 2016, perak pada

 ??  ??
 ??  ?? Kumpulan penyelidik menyembur HARVAST pada daun tanaman.
Kumpulan penyelidik menyembur HARVAST pada daun tanaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia