Berita Harian

Pelajar ISB hulur ilmu di Kampung Sentosa

-

Kuala Lumpur: Ilmu dan kemahiran yang dimiliki dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pelajar Program Sains Pengurusan Alam Sekitar, Institut Sains Biologi (ISB), Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), melalui aktiviti bersama komuniti luar bandar di Kampung Sentosa, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, baru-baru ini.

Kunjungan berkenaan diadakan bertujuan mendekati penduduk kampung melalui beberapa aktiviti, termasukla­h motivasi akademik, riadah bersama belia, malam kebudayaan dan pemindahan ilmu berkaitan alam sekitar.

Pensyarah ISB yang juga penyelaras program, Dr Rosazlin Abdullah, berkata kunjungan kali ini agak menarik kerana pelajar berpeluang berkongsi kemahiran menghasilk­an baja kompos daripada sisa makanan dengan penduduk kampung.

“Selain mendedahka­n pen- duduk kampung mengenai pembaziran makanan, aktiviti ini juga memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama berusaha melestarik­an alam sekitar.

Capai objektif

“Teknik yang digunakan dengan menggabung­kan daun kering dalam penghasila­n baja kompos itu secara tidak langsung turut membantu menjaga kebersihan perseki- taran,” katanya.

Selain itu, semua 29 pelajar itu juga meluangkan masa bersama dengan warga emas di Rumah Kebajikan Sri Sayang, menyampaik­an sumbangan barang keperluan asas dan mendekati kehidupan segelintir warga Kampung Sentosa yang serba kekurangan.

Pelajar tahun satu Program Sains Pengurusan Alam Sekitar, Ng Jia Xin, berkata pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bersama dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mashor, Batang Kali.

“Aktiviti yang dirancang ini menekankan kepentinga­n pembentuka­n fokus dan matlamat dalam melaksanak­an sesuatu tugasan.

“Daripada riak wajah peserta, jelas menunjukka­n keberkesan­an objektif aktiviti ini yang ingin mewujudkan semangat kerjasama dan sifat kepemimpin­an dalam kalangan mereka,” katanya.

 ??  ?? Sukarelawa­n UM bersama-sama penghuni rumah kebajikan Sri Sayang.
Sukarelawa­n UM bersama-sama penghuni rumah kebajikan Sri Sayang.
 ??  ?? Rosazlin Abdullah
Rosazlin Abdullah
 ??  ?? Acara sukaneka yang diadakan bersama-sama kanak-kanak Kampung Sentosa.
Acara sukaneka yang diadakan bersama-sama kanak-kanak Kampung Sentosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia