Berita Harian

Pyongyang sorok peluru berpandu: PBB

-

New York: Sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara kekal utuh dan Pyongyang menggunaka­n lapangan terbang dan kemudahan lain untuk menyembuny­ikan senjatanya daripada serangan mungkin Amerika Syarikat (AS).

Panel berkenaan dalam satu laporan dilihat AFP kelmarin berkata, sekatan ke atas Korea Utara ‘tidak berkesan’ dengan Pyongyang berupaya memperoleh penghantar­an secara haram produk minyak, mengekspor­t menjual arang batu dan melanggar satu sekatan senjata.

“Program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) masih kekal utuh.

“Panel mendapati, DPRK menggunaka­n kemudahan awam termasuk lapangan terbang untuk mengumpul peluru berpandu balistik dan menjalanka­n ujian dengan matlamat menghalang serangan ‘pemusnah’ secara berkesan,” kata laporan.

Laporan sulit itu dihantar kepada Majlis Keselamata­n PBB ketika Presiden Donald Trump bersiap sedia mengadakan pertemuan kedua bulan ini dengan Kim Jong-un dengan harapan AS mampu mencapai perkembang­an konkrit untuk menghapusk­an program senjata Pyongyang.

Sekatan tidak berkesan

Pentadbira­n Trump mengetuai kempen di PBB bagi melaksanak­an siri sekatan tegas ekonomi ke atas Korea Utara sebagai tindak balas ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu pada 2017.

Namun Pyongyang tetap melakukan pemindahan haram minyak, bahan api dan arang batu menggunaka­n rangkaian kapal laut bagi mengelak sekatan PBB bertujuan menyekat hasil bagi membangunk­an program senjatanya.

“Pelanggara­n ini menunjukka­n sekatan terbaharu PBB tidak berkesan bagi menyekat import produk petroleum dan minyak mentah ke DPRK serta larangan produk arang batu pada 2017,” kata laporan.

Resolusi sekatan PBB menetapkan empat juta tong minyak mentah dan 500,000 tong produk minyak ditapis setahun untuk Korea Utara.

“Panel mendapati, pelabuhan dan lapangan terbang DPRK digunakan untuk pelanggara­n sewenang-wenangnya resolusi terdiri daripada import minyak haram dan ekport arang batu sehinggala­h penyeludup­an wang tunai oleh rakyatnya,” kata laporan.

Ia menambah, Korea Utara terus melanggar sekatan senjata dan cubaan membekalka­n senjata ringan kepada Syria, pemberonta­k Houthi di Yaman, Libya dan Sudan.

Penemuan panel itu sejajar dengan penilaian perisikan AS bahawa Korea Utara agak mustahil menghapusk­an program senjatanya namun menawarkan mengurangk­an aktivitiny­a bagi penarikan sekatan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia