Berita Harian

Marseille menang dalam stadium kosong

-

Marseille: Marseille menang kali pertama di tempat sendiri sejak November lalu selepas menewaskan Bordeaux 1-0 dalam aksi Ligue 1, awal pagi kelmarin.

Perlawanan berlangsun­g tanpa penonton di Stade Velodrome itu sebagai hukuman oleh Liga Bola Sepak Perancis (LFP) akibat kekecohan ditimbulka­n penyokong mereka ketika menewaskan Lille bulan lalu.

Perlawanan menentang Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Europa September lalu turut berlangsun­g dalam stadium kosong angkara keganasan penyokong

Jurulatih Rudi Garcia turut digantung dua perlawanan oleh LFP selepas tindakan kasarnya ke atas pengadil dalam perlawanan menentang Lille.

Malah dia merungut mengenai ketiadaan penonton dalam stadium yang berkapasit­i 60,000 tempat duduk itu.

“Sangat tidak baik, tiga perlawanan tanpa penonton memang mengecewak­an. Saya pernah menyatakan­nya kali pertama sebelum ini tetapi kali ini ia lebih buruk,” katanya.

Tanpa Balotelli

“Bukanlah bola sepak tanpa penyokong dalam stadium. Penggantun­gan saya memang sukar tetapi yang paling sukar ialah ketiadaan penyokong.”

Skuad Garcia beraksi tanpa enam tonggak, termasuk Mario Balotelli dan terpaksa mengharapk­an jaringan pemain remaja Boubacar Kamara untuk kemenangan pertama mereka di tempat sendiri sejak menewaskan Dijon pada 11 November lalu.

Jaringan pertama dalam liga oleh Kamara dicipta tiga minit sebelum rehat permainan hasil sepakan sudut Bouna Sarr yang kemudian ditanduk masuk Kamara.

Marseille melonjak ke tangga ketujuh dalam liga dan akan berkunjung ke Dijon pada Jumaat ini dan Bordeaux kekal di tangga ke12 sebelum menentang Paris Saint-germain pada Sabtu.

 ??  ?? Aksi Kamara (kanan) ketika Marseille bertemu Bordeaux, kelmarin.
Aksi Kamara (kanan) ketika Marseille bertemu Bordeaux, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia