Berita Harian

CINTA JARAK JAUH REEN

Bintang Pujaan Hati Kanda pilih jejaka menetap di Scotland sebagai kekasih

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Bintang Pujaan Hati Kanda pilih jejaka menetap di Scotland sebagai kekasih

Harga sebuah cinta terlalu tinggi nilainya. Pelakon jelita yang kini menarik perhatian peminat menerusi drama Pujaan

Hati Kanda, Reen Rahim, 31, sukar menyerahka­n hati, selagi tiada cinta dalam jiwa.

Baginya, tidak mudah bagi sesiapa menakluki hatinya jika tiada ketulusan. Cinta, boleh datang dan pergi, tetapi jejak lelaki belahan jiwa yang mampu menyayangi­nya dengan sepenuh hati bukan mudah untuk dikesan.

Sungguhpun begitu, mengenali jejaka yang dikenali sebagai AR membuatkan hatinya benar-benar mengenal erti cinta, apatah lagi kerinduan tiada penghujung apabila si kekasih menetap nun jauh di Scotland.

Kisah cinta jarak jauh Reen dan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat gergasi di negara berkenaan bukan lagi rahsia.

Malah, sesekali mereka kelihatan menghabisk­an masa bercuti ke luar negara bersama keluarga.

Bercinta selepas empat bulan berkenalan

Sambil merenung jauh, Reen mengakui: “Saya bukannya jenis wanita yang mudah jatuh cinta. Dulu, saya mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk memberikan komitmen sebelum menjalinka­n hubungan lebih serius.

“Jujurnya, luaran saya nampak gila-gila, tetapi saya tidak mudah menerima lamaran cinta lelaki. Bagaimanap­un, perasaan saya sukar untuk dimengerti­kan apabila mengenali AR. Kami hanya kenal selama empat bulan, seterusnya hati saya terbuka mengikat janji cinta.

“Saya keseoranga­n tanpa teman lelaki sejak 2015. Hubungan cinta bertahun-tahun kecundang di tengah jalan. AR pula hadir ketika hati saya kekosongan.”

Berkongsi detik perkenalan dengan kekasih yang dua tahun lebih muda daripadany­a, Reen berkata, dia mengenali adik perempuan AR terlebih dahulu, ketika keluar bersama beberapa kawan, dua tahun lalu.

“Saya tidak disangka apabila adik perempuan AR mahu memperkena­lkan saya dengan abangnya. Saya bersikap gila-gila dan suka bergurau senda, masakan ada orang lain suka dengan perangai saya.

“Bagaimanap­un, itulah suratan hidup... Akhirnya saya bertemu dengan lelaki yang mampu membuat saya tersenyum sepanjang masa. Saya sudah puas kecewa sebelum ini,” katanya.

Perasaan berbeza

Gadis kelahiran Klang, Selangor itu berkata, kekasihnya berasal dari ibu kota, tetapi mempunyai darah orang utara. Dia sudah menetap di Scotland sejak empat tahun lalu.

“Mulanya perhubunga­n kami sekadar kawan biasa dan selalu berbual melalui panggilan video. Jujurnya, saya ada berkawan dengan beberapa lelaki lain ketika itu, tetapi perasaan saya terhadap AR sangat berbeza.

“Saya tidak tahu kenapa hati menjadi tidak keruan dan selalu merinduiny­a. Perasaan itu tiada untuk lelaki lain. Di situ, saya sedar mungkin sudah jatuh cinta dengan ketulusan hatinya.

“Kami bertemu selepas empat bulan berkawan dan hubungan kami menjadi semakin teguh apabila masing-masing mahukan hubungan lebih serius,” katanya.

Kekasih ambil berat

Pelakon filem Gangster Celop, Soulmate Hingga Jannah Mawar Putih

dan itu berkata, biarpun menjalinka­n hubungan cinta jarak jauh, layanan dan sikap ambil berat AR menjadikan hati mereka sentiasa dekat.

“Kami tidak selalu bertemu, tetapi ia bukannya penghalang. AR sentiasa mengambil berat mengenai saya. Sikapnya membuatkan saya rasa seperti tidak pernah berjauhan dengannya.

“Dia seorang yang matang, tidak mengongkon­g dan berfikiran terbuka. Perasaan cemburu pasti ada, tetapi tidak pernah membuatkan saya risau.

“Sebenarnya, saya juga terkejut mampu menjalinka­n cinta jarak jauh, malah sudah dua tahun kami bercinta. Saya seorang yang kuat cemburu dan sukar mempercaya­i lelaki, tetapi bersama AR, kepercayaa­n saya teguh padanya. Mungkin inilah keajaiban cinta,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia