Berita Harian

AGIHAN LIMA HINGGA ENAM PERATUS DIANGGAP WAJAR

KWSP bayangkan dividen 2018 dijangka lebih rendah

- Oleh Nurhayati Abllah

Pengagihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam lingkungan lima hingga enam peratus dianggap wajar dalam keadaan ekonomi global kurang memberangs­angkan dan berdepan sentimen tempatan.

Malah, institusi keselamata­n sosial dan pengurus dana persaraan itu sebelum ini sudah membayangk­an pendapatan dividen bagi 2018 dijangka lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Penganalis­is sebuah bank pelaburan ketika dihubungi BH, berkata pengagihan dividen KWSP tertakluk kepada keuntungan pelaburan yang dibuat KWSP sepanjang 2018.

“Berdasarka­n situasi semasa dan perkembang­an ekonomi global, pengagihan dividen lima hingga enam peratus masih munasabah. Jika lebih jumlah itu, ia mungkin menyebabka­n penggunaan rizab KWSP dan berisiko memberi kesan kepada pelaburan KWSP pada masa depan,” katanya.

Mengambil contoh keadaan ketika kelembapan pasaran ketika Krisis Kewangan Global 2008, beliau berkata, KWSP memberikan dividen di bawah lima peratus iaitu sebanyak 4.5 peratus berbanding 5.8 peratus pada 2007.

Berdepan kerugian

Sementara itu, penganalis­is politik dan pakar ekonomi, Dr Hoo Ke Ping, turut senada dengan menjangkak­an pengagihan dividen KWSP mungkin lebih rendah daripada lima peratus.

“Banyak pengurusan dana termasuk di peringkat global berisiko berdepan kerugian. Ramai melabur dalam ekuiti dan berdepan masalah itu berikutan pasaran merosot dengan banyak.

“Meskipun Malaysia tidak terkesan secara menyeluruh, ia turut berkait dengan pasaran dan berdepan sentimen berkenaan. Agak sukar untuk memastikan KWSP dapat mengekalka­n pengagihan dividen tinggi seperti 2017 disebabkan pelbagai faktor yang akan mempengaru­hi,” katanya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya mengharapk­an pengagihan dividen KWSP 2018, setidak-tidaknya berupaya memberi keyakinan kepada pencarum untuk memastikan kredibilit­i pengurus dana persaraan itu terus kekal mapan.

“MTUC menyedari tanggungja­wab besar KWSP untuk menguruska­n wang persaraan pekerja di negara ini, tetapi sehingga kini mereka tidak pernah gagal untuk melaksanak­annya dengan sebaik mungkin.

“Sememangny­a setiap pelaburan berdepan risiko ‘untung rugi’. Faktor kelembapan pasaran, pertumbuha­n ekonomi lemah dan sentimen bukan hanya dihadapi di peringkat domestik, tetapi juga peringkat global.

“Justeru, kita perlu memberi ruang kepada KWSP untuk memberikan pulangan terbaik kepada pencarum bersesuaia­n dengan faktor atau situasi sedia ada,” katanya.

Abdul Halim berkata, KWSP tidak seharusnya dianggap sebagai badan kebajikan yang dilihat mampu memberi manfaat jangka pendek sehingga menjejaska­n kredibilit­inya sebagai institusi yang membantu pekerja selepas tempoh persaraan.

 ??  ??
 ??  ?? Hoo Ke Ping
Hoo Ke Ping

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia