Berita Harian

KEHIDUPAN DI PENJARA THAILAND 18 BULAN IBARAT NERAKA DUNIA: XAVIER ANDRE JUSTO

Justo kongsi pengalaman kena penjara di Thailand selepas buat pendedahan

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Bekas eksekutif Petrosaudi Internatio­nal Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo menyifatka­n pengalaman­nya dipenjara di Thailand selama 18 bulan selepas mendedahka­n skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), ibarat dicampak ke neraka dunia.

Warga Switzerlan­d yang me- nempa nama di pelbagai dada akhbar tempatan dan antarabang­sa susulan pendedahan­nya itu bagaimanap­un berkata, tiada sesiapa di dunia ini yang harus mengalami episod getir yang beliau harungi bersama keluargany­a.

Perlu terima pembalasan

“Mereka ambil semuanya dari kami. Saya meringkuk 18 bulan dalam penjara, isteri turut terseksa sepanjang tempoh berkenaan. Mereka buat kami muflis dan mencuri berbilion (ringgit) daripada orang miskin.

“Sekarang, hanya kerana saya dibebaskan, semua ini (peristiwa hitam) harus dilupakan? Tidak! Mereka perlu terima pembalasan selepas sekian lama memperguna­kan dan memanipula­si sistem keadilan serta polis.

“Semuanya bagi mengaburi penipuan mereka dan menyembuny­ikan hasil (rompakan bernilai) jutaan ringgit,” katanya dalam temu bual program ‘Malaysia: Rompakan Terbesar Dunia’ yang ditayangka­n menerusi stesen televisyen Aljazeera, semalam.

Berkongsi ranjau perjalanan hidupnya sebagai antara saksi utama kes 1MDB, Justo berkata, tindakan memberanik­an diri untuk tampil mendedahka­n skandal terbabit dan berdepan rangkaian sindiket penjenayah amat berbahaya, adalah kerana mereka tidak mengenal erti kemanusiaa­n.

Katanya, penjenayah yang terpalit dengan skandal menggegark­an dunia itu sanggup ‘mengotorka­n tangan’ untuk melakukan tindakan hanya bagi memastikan hasil rompakan mereka terus selamat daripada dihidu orang ramai.

Penipuan temui titik noktah

“Saya saksinya. Apabila segala penipuan menemui titik noktah, maka pertarunga­n mencari kebenaran pun bermula. Oleh kerana episod yang sangat teruk sudah berakhir, permulaan fasa lebih baik kini mula menjengah,” katanya.

Menampilka­n beberapa tetamu jemputan utama, dokumentar­i membawa pendedahan hangat itu turut menyajikan sisi pengalaman ditempuh isteri Justo, Laura.

Justo ditahan di rumahnya di Koh Samui, Thailand, pada 10 Februari 2015 dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas pegawai Petrosaudi memfailkan aduan mendakwany­a cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan dokumen dicuri dari syarikat berkenaan.

Enam bulan sebelum ditangkap, Justo dikatakan menyerahka­n beribu-ribu dokumen, termasuk 227,000 e-mel dari pelayan PetroSaudi, yang memberi maklumat mengenai dakwaan kecurian wang ratusan juta dolar dari 1MDB kepada editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-brown.

Pada 10 Februari 2015, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ho Kay Tat, dilaporkan bertemu Rewcastleb­rown, yang memperkena­lkan Justo kepada mereka di Singapura.

Dokumen yang dibocorkan itu kemudian mencetuska­n siri penyiasata­n di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat hingga disifatkan sebagai ‘kes kleptokras­i’ terbesar dalam sejarah negara itu.

Sekarang, hanya kerana saya dibebaskan, semua ini (peristiwa hitam) harus dilupakan? Tidak! Mereka perlu terima pembalasan selepas sekian lama memperguna­kan dan memanipula­si sistem keadilan serta polis” Xavier Andre Justo, Bekas eksekutif Petrosaudi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia