Berita Harian

‘JEJAK PERBELANJA­AN’ PEMIMPIN PAS FOKUS SIASATAN SPRM

Agensi tumpu medium diguna salur dana, cara parti terima wang

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Kuala Lumpur

Jejak perbelanja­an dipercayai menjadi tumpuan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap laporan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada UMNO, yang dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Difahamkan, fokus siasatan itu adalah membabitka­n bagai mana pihak yang didakwa itu menerima wang berkenaan, iaitu medium yang digunakan dalam penyaluran dana terbabit serta ke mana ia dibelanjak­an.

Sumber berkata, proses mengambil keterangan dijangka mengambil masa kerana beberapa saksi penting masih belum memberi keterangan.

“Fokus utama dalam siasatan ini mengenai dakwaan salah laku rasuah yang berlaku serta bagaimana wang itu digunakan untuk tujuan tertentu.

“Masih ada beberapa saksi yang dipanggil belum memberi keterangan dan SPRM masih meneliti beberapa pihak lain,” kata sumber. Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Senarai pemimpin PAS

Beliau berkata, siasatan dakwaan itu kini dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber berkata, SPRM sedang menyenarai­kan beberapa lagi nama penting khususnya pemimpin PAS yang perlu diambil keterangan berhubung siasatan dijalankan.

Malah ketika ini, bekas Naib Presiden PAS yang kini Naib Presiden AMANAH, Senator Datuk Husam Musa, juga belum dipanggil memberi keterangan.

Semalam, Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presidenny­a, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, masingmasi­ng memberi keterangan di Kelantan dan Putrajaya, manakala bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, pula memberi keterangan kepada SPRM, kelmarin.

Sementara itu, sebuah portal dalam talian, melaporkan aspek penting yang diteliti dalam siasatan itu adalah mengenai perbelanja­an kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan banglo milik beberapa pemimpin PAS.

Miliki kereta mewah

Sumber memberitah­u portal itu, mendedahka­n seorang bekas pemimpin PAS didakwa memiliki kereta mewah bernilai hampir RM1.5 juta dan sebuah rumah banglo berharga RM3 juta di pinggir ibu kota.

“BMW525, Mini Cooper, Toyota Vellfire, Toyota Camry dan Toyota Fortuner. Laporan mendakwa beliau membeli kenderaan mewah ini secara tunai.

“Manakala, tujuh pemimpin lain didakwa menyalahgu­nakan dana membeli Porche Cayman, Range Rover, Audi A6, Toyota Vellfire dan Toyota Altis, Volkswagen Passat, Audi Q7, Mercedes Benz, motor BMW dan sebagainya.

“Turut dalam radar adalah pembelian nombor plat VIP oleh pemimpin ini. Dipercayai sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS membelanja hampir RM100,000 setiap seorang untuk membeli nombor plat VIP ini,” kata sumber kepada Malaysiaki­ni.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Azam Baki
Azam Baki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia