Berita Harian

Seri Paduka dijadual sempurnaka­n istiadat pembukaan 11 Mac

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah akan menyempurn­akan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-14 pada 11 Mac ini.

Perkara itu dimaklumka­n Yang di-pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan, semalam. Persidanga­n Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualka­n dari 11 Mac hingga 11 April depan, iaitu selama 20 hari.

Mohamad Ariff menerima makluman mengenai Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke14 itu daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Ketua Majlis selaras Peraturan 11 (2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mesyuarat Kedua 1 hingga 18 Julai

“Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula dari 7 Oktober hingga 5 Disember selama 36 hari. Dewan Negara pula akan memulakan Mesyuarat Pertama pada 11 Mac dan dari 22 April hingga 9 Mei depan iaitu selama 11 hari.

“Mesyuarat Kedua akan bermula pada 22 hingga 31 Julai depan selama tujuh hari. Mesyuarat Ketiga akan bermula pada 9 hingga 19 Disember selama lapan hari,” katanya.

Sultan Abdullah secara rasmi memegang jawatan Yang di-pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari lalu selepas istiadat melafaz sumpah dan menandatan­gani surat pengisytih­aran memegang jawatan di Istana Negara.

Baginda menggantik­an Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari selepas dilantik pada 13 Dis 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia