Berita Harian

BERSATU tunggu maklumat lanjut

Marzuki beri penjelasan tidak arah ubah maklumat pendidikan dalam Wikipedia

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Siti Sofia Md Nasir

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang didakwa memalsukan status ijazahnya, menyerahka­n kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan nasibnya.

Mengenai kedudukan selaku Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pengerusi BERSATU Pulau Pinang, beliau berkata, ia terserah kepada kepemimpin­an parti berkenaan.

Marzuki yang tampil mengemukak­an penjelasan berhubung isu itu, menegaskan beliau tidak pernah mengarahka­n sesiapa untuk memperinci­kan status ijazahnya seperti tertera di laman web umum, Wikipedia.

University of Cambridge tak tawar pengajian jarak jauh

“Ada pihak mengatakan saya tidak bercakap benar kerana di Wikipedia tertulis saya mendapat pendidikan dari University of Cambridge sedangkan institusi berkenaan tidak menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan dalam Logistik, selain tiada program pengajian secara jarak jauh.

“Sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat ke dalam laman Wikipedia, malah ia boleh disunting oleh mana-mana pihak pada bila-bila masa. Sejujurnya saya tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan saya dalam Wikipedia atau mengarahka­n sesiapa untuk melakukann­ya.

“Bahkan, ketika ditanya oleh media sebelum ini, saya dengan jelas menyatakan mendapat kelulusan dari Cambridge Internatio­nal University (CIU) di Amerika Syarikat dan bukannya University of Cambridge,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengakui dihujani kritikan pelbagai pihak susulan dakwaan itu, Marzuki berkata, beliau tidak berniat untuk menggambar­kan dirinya seolah-olah mendapat pendidikan di University of Cambridge, sebaliknya memulakan pengajian jarak jauh bersama CIU sekitar 2002.

Beliau ketika itu masih berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan dan logistik milik sendiri di Pulau Pinang, malah menyemat niat untuk menimba ilmu kontempora­ri serta terkini mengenai industri berkenaan di negara maju, termasuk Amerika Syarikat.

“Harapan saya ialah supaya ilmu diperoleh akan dapat membantu mengembang dan memajukan perniagaan perkapalan yang diusahakan. Selain beberapa subjek asas, saya mengambil subjek berkaitan bidang perkapalan dan logistik,” katanya.

Sambil menyertaka­n transkrip dari CIU untuk rujukan umum, Marzuki berkata, masyarakat di negara ini dan dunia belum membincang­kan akreditasi universiti secara meluas ketika beliau mula mengorak langkah mengikuti pengajian jarak jauh sekitar 2002 sebelum mendapat kelulusan tiga tahun selepas itu.

Katanya, sistem penarafan universiti terkenal dan tersusun seperti hari ini juga belum wujud pada waktu itu, termasuk senarai institusi pendidikan tinggi yang dikatakan sebagai ‘universiti palsu’.

Tiada niat kelirukan sesiapa

“Oleh itu, apabila mengetahui mengenai kursus ditawarkan CIU berkaitan bidang perniagaan, saya mendaftar tanpa memberi penekanan kepada aspek penawaran akreditasi kursus. Sejujur dan seikhlasny­a, saya tidak pernah berniat untuk menggunaka­n kelayakan akademik yang ada bagi mengeliruk­an sesiapa.

“Niat asal pengajian 17 tahun lalu ialah bagi menimba ilmu dalam bidang perniagaan. Ketika itu, tidak pernah terlintas di hati bahawa suatu hari nanti saya akan berada pada kedudukan hari ini sebagai anggota pentadbira­n kerajaan. Saya berharap penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan yang ada,” katanya.

Parti belum terima maklumat Georgetown,

Di Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui selepas Majlis Perhimpuna­n Perdana Perpaduan 2019 semalam, berkata parti itu belum mengetahui perkara sebenar dan belum menerima maklumat lanjut berhubung isu membelengg­u Marzuki.

Pada majlis berasingan, Setiausaha BERSATU Pulau Pinang, Azahari Aris, berkata semua 13 bahagian di negeri itu menyokong Marzuki bukan disebabkan kelayakan pendidikan beliau, tetapi daya kepemimpin­annya terutama dalam mengemudi parti itu sejak awal penubuhann­ya di Pulau Pinang.

“Lagi pun, belum pernah ada dalam mana-mana parti politik di dunia ini yang memerlukan sijil akademik untuk menjadi ahli parti,” katanya.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD /BH] ?? Dr Mahathir berucap pada Majlis Perhimpuna­n Perdana Perpaduan 2019 di Auditorium Dewan
Sri Pinang, Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD /BH] Dr Mahathir berucap pada Majlis Perhimpuna­n Perdana Perpaduan 2019 di Auditorium Dewan Sri Pinang, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia