Berita Harian

PH berusaha pastikan ekonomi lebih baik

-

Tangkak: Kerajaan Pakatan Harapan( P H) berusaha bersungguh sungguh untuk memastikan keadaan ekonomi negara lebih baik supaya rakyat dapat hidup selesa.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pandangan yang mengatakan PH tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat adalah tidak benar.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pelbagai inisiatif baharu dirangka pada peringkat pusat dan negeri bagi membolehka­n ekonomi negara terus berkembang, sekali gus mengurangk­an beban orang ramai.

“PH bersungguh-sungguh supaya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan ekonomi lebih baik, mendapat pendapatan lebih baik dan bersama-sama majukan negara. Pendapat yang menyatakan PH tidak buat apa-apa untuk tolong rakyat adalah tanggapan tidak betul.

“Mereka (pengkritik) mungkin tidak faham atau tahu apa tugas kerajaan lakukan. Kami berusaha keras betulkan masalah dan kepincanga­n dalam negara dan paling penting bagaimana nak tentukan rakyat dapat peluang hidup yang lebih baik.

“Majlis Presiden PH juga bersetuju tubuhkan jawatankua­sa majlis ekonomi negara dianggotai pakar ekonomi dan swasta supaya dapat duduk bersama mencari jalan baiki ekonomi negara dalam tempoh terdekat.

Lebih banyak pekerjaan

“Ia termasuk sediakan peluang pekerjaan lebih banyak, pendapatan lebih baik dan lebih ramai pelabur melabur di negara ini,” katanya berucap merasmikan majlis sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, di sini semalam.

Muhyiddin yang Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, berkata kerajaan akan turut menumpukan usaha mengurangk­an beban rakyat akibat peningkata­n kos sara hidup, terutama kenaikan harga barang yang disebabkan banyak faktor termasuk di luar kawalan kerajaan.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Johor bersetuju menyediaka­n lebih 40 hektar di Bukit Gambir untuk membangunk­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dimajukan Johor Corporatio­n bersama beberapa pelabur tempatan, sekali gus menyediaka­n lebih banyak peluang kerja kepada penduduk setempat.

 ??  ?? Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia