Berita Harian

Saman fitnah parti bukan saya: Hadi

-

Marang: Datuk Seri Hadi Awang mendakwa, saman fitnah difailkan beliau terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sebelum ini, dibuat menggunaka­n namanya secara peribadi, sedangkan tuduhan pihak berkenaan terhadap PAS sebagai sebuah parti.

Presiden PAS itu mendakwa, faktor itu menyebabka­n beliau menarik balik saman fitnah terhadap Rewcastle Brown, selain faktor sistem perundanga­n dua negara yang berbeza dan tidak mahu membuang masa di mahkamah.

“Kita rasakan tak guna habiskan masa di mahkamah. Peguam pun nasihat supaya kita tarik balik saman kerana nak buat kerja lain. Apa lagi undangunda­ng Britain dan Malaysia lain. Di Britain, kes seperti ini kena dibawa atas nama peribadi, tak boleh atas nama parti, sedangkan tuduhan mereka (Sarawak Report) kepada parti.

“Hendak bawa di England atas nama parti tak boleh. Itu dah berlaku kelainan. Apabila berlaku kelainan ini, kita melihat dah menang moral di situ, (jadi) kita batalkanla­h (tuntutan),” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Rusila di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusann­ya memuktamad­kan penyelesai­an luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report, Rewcastle Brown, yang difailkan di Mahkamah Tinggi London.

Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujua­n, selepas Hadi meneliti semua aspek keseluruha­n tindakan mahkamah yang difailkan terhadap Rewcastle Brown selaku defendan dan mempertimb­angkan pandangan serta nasihat peguam.

Lancar tabung khas

Rewcastle Brown turut menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi dan kedua-dua pihak turut bersetuju tiada perintah berkenaan kos. PAS sebelum ini dilaporkan membayar lebih RM2 juta kepada peguam yang mewakili Hadi dalam kes saman fitnah itu.

Mengulas jumlah kutipan tabung khas yang dilancarka­n PAS sejak 26 Jun 2017 bagi meminta sumbangan membiayai yuran guaman kes itu, Hadi mendakwa tidak tahu jumlah sebenar kutipan yang dikumpul, tetapi memaklumka­n ia akan dibelanja untuk keperluan lain dan kegiatan parti.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Browndi Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dalam perkembang­an berasingan, Hadi menggesa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjalanka­n siasatan terhadap parti politik lain seperti dihadapi PAS berhubung dakwaan parti itu menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Katanya, SPRM perlu bersikap adil kerana parti politik lain, terutama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) perlu disiasat bagi menentukan sumber kewangan diperoleh sebagai dana kegiatan parti, terutama pada musim pilihan raya kerana mereka tidak ada banyak cawangan di seluruh negara.

Ahli sumbang derma

Beliau mendakwa, PAS dengan lebih satu juta ahli dan lebih 190 kawasan di seluruh negara mendapat sumber kewangan daripada ahlinya, selain mampu membuka Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta beratus sekolah.

“Jangan peliklah dari mana PAS dapat duit. Jelas duit dari poket kita sendiri.

“Orang kita sendiri yang bertungkus-lumus menyumbang derma,” katanya sambil menambah, PAS bersedia disiasat SPRM pada bila-bila masa dan sedia memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan.

Beliau berkata, dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada 1MDB itu dibuat atas kepentinga­n politik pihak tertentu semata-semata bagi menghilang­kan kepercayaa­n rakyat kepada parti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia