Berita Harian

UMNO sedia beri kerjasama berhubung kontrovers­i

-

Kota Kinabalu: UMNO mengalu-alukan tindakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat parti itu berhubung dakwaan pemberian RM90 juta kepada PAS.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, berkata SPRM sebelum ini sudah menyiasat akaun parti berkenaan, termasuk akaun yang membabitka­n bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Bagaimanap­un, perkara ini lebih berkaitan dengan PAS dan kita tidak mempunyai hak untuk berkata apa-apa, namun apa yang kita tahu, pihak SPRM sudah memeriksa akaun UMNO.

“Saya pasti jika benar ada (pemberian RM90 juta), mereka (SPRM) pasti sudah menemuinya, sedangkan RM90 pun mereka boleh temui, inikan pula RM90 juta,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO Sabah di sini, semalam.

Isu sengaja diperbesar menjelang PRK Semenyih

Annuar berkata, isu berkenaan ada kemungkina­n diperbesar­kan berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, selepas melihat kejayaan kerjasama UMNO dan PAS pada PRK Cameron Highlands, baru-baru ini.

“Selepas kerjasama UMNO dan PAS, tibatiba semua perkara timbul, tetapi kami mahu bagi tahu kerajaan, rakyat tidak boleh ditipu setiap masa, kamu boleh tipu rakyat dalam satu masa tetapi bukan setiap masa.

“Sekarang rakyat sudah menilai, dia (Pakatan Harapan) punya janji, prestasi dan kenyataan menjelekka­n yang dikeluarka­n menteri mereka, saya juga yakin rakyat akan meluahkan kemarahan mereka di dalam peti undi dan ia akan berlaku lagi di Semenyih, ” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Annuar berkata, parti itu menyerahka­n sepenuh kuasa kepada UMNO Sabah sama ada mahu bekerjasam­a dengan PAS atau tidak.

“UMNO Sabah sudah diberi autonomi, mereka mahu bekerjasam­a dengan siapa pun, biar mereka tentukan,” katanya.

Semalam, SPRM memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS, termasuk bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dan Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia