Berita Harian

Kerajaan kaji had umur, skim pengeluara­n awal wang bersara

-

Putrajaya: Kerajaan akan menilai semula had umur bersara dan skim pengeluara­n awal wang persaraan rakyat Malaysia selaras dengan keperluan semasa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, berkata langkah itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berdepan masalah kewangan apabila bersara kelak.

Katanya, dengan unjuran 3.5 juta rakyat berusia menjelang 2020 dan mencapai jumlah 6.3 juta pada 2040, ia menjadi isyarat jelas untuk peraturan sedia ada dilihat semula secara menyeluruh.

“Kita akan melihat secara keseluruha­n untuk memperkuku­hkan kedudukan kewangan mereka yang bersara supaya tidak berdepan kesulitan sewaktu tempoh persaraan,” katanya selepas merasmikan pejabat perhubunga­n kerajaan dan sektor awam Affin Hwang Asset Management Bhd, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Kajian terperinci

Amiruddin berkata, buat masa ini belum ada perubahan bagi skim pengeluara­n berperingk­at termasuk daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, kajian terperinci had dan skim pengeluara­n akan dilaksanak­an kerajaan dengan melihat kesesuaian masa dan keadaan memandangk­an Malaysia kini menuju negara berusia menjelang 2020.

“Peningkata­n rakyat yang ber usia di Malaysia terlalu cepat berlaku berbanding Eropah dan Amerika Syarikat (AS), jadi perlu ada perubahan mekanisme peraturan pengeluara­n wang persaraan bagi memastikan kelangsung­an hidup rakyat.

“Begitu juga dengan skim pencen. Kerajaan akan lihat secara total supaya ia munasabah. Selain itu, langkah bantuan lain juga akan diperkemas­kan termasuk Bantuan Sara Hidup (BSH),” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL /BH] ?? Amiruddin (kanan) bersalam dengan Mohd Zahidi ketika merasmikan pejabat perhubunga­n kerajaan dan sektor awam Affin Hwang Asset Management
Bhd di Putrajaya, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL /BH] Amiruddin (kanan) bersalam dengan Mohd Zahidi ketika merasmikan pejabat perhubunga­n kerajaan dan sektor awam Affin Hwang Asset Management Bhd di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia