Berita Harian

MRSM beri kelonggara­n pelajar miskin

Dakwaan tolak tawaran kes terpencil, bantuan disediakan bagi keluarga layak

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Dakwaan pelajar dari keluarga berpendapa­tan rendah (B40) menolak tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana tidak berkemampu­an, hanyalah isu terpencil.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, berkata kebanyakan yang menolak tawaran ke MRSM adalah kerana tidak tahu mengenai bantuan dan kelonggara­n yang diberikan, jika mereka tidak berkemampu­an untuk membayar yuran.

Boleh tangguh bayar yuran pengajian

Beliau menegaskan, tidak timbul isu pelajar miskin tidak dapat masuk ke MRSM, kerana pembayaran yuran pengajian boleh ditangguhk­an jika mereka tidak mampu, selain diberi bantuan lain jika mereka menepati syarat tertentu.

“Mereka yang menolak tidak dapat gambaran jelas. Contohnya, di MRSM Johor baru-baru ini, pelajar (miskin) yang mendaftar tidak perlu bayar apa-apa pun, malah kita beri bantuan pada mereka yang layak.

“Jika keluarga pelajar itu berpendapa­tan RM1,800 ke bawah, MARA bantu menerusi Skim Budi dengan bantuan elaun bulanan RM50, pakaian sekolah dan alat tulis, selain yuran diketepika­n.

“Kita juga akan bertemu pelajar B40 yang menolak kemasukan ke MRSM untuk beri penjelasan. Jadi, tidak timbul isu pelajar miskin tak dapat masuk MRSM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pasukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Kota Bharu (ANSARAKB) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA), Datuk Kamarul Redzuan Muhamed dan Ketua Cawangan ANSARAKB, Datuk Sayed Alfeizal Sayed Ahmad.

Azhar berkata, seramai 2,500 pelajar sudah diserapkan ke dalam program BUDI dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga sesi ke- Ketua Pengarah MARA masukan ke MRSM berakhir pada hujung bulan ini.

Gesa MARA tampung kos pelajar B40

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amirudin Hamzah, yang juga ahli ANSARA, menggesa MARA menampung kos pelajar daripada keluarga B40, bagi memastikan mereka tidak menolak tawaran akibat kemiskinan.

Pemangku Presiden Badan Permuafaka­tan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT), Datuk Shahrul Nizam Yunos, pula dilaporkan berkata adalah wajar untuk melupuskan yuran pendaftara­n MRSM bagi keluarga B40, namun ia perlu dikaji terlebih dulu.

MARA sebelum ini memaklumka­n, pelajar B40 diberi kelonggara­n untuk membayar yuran pendaftara­n MRSM secara ansuran atau memohon penangguha­n bayaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia