Berita Harian

Didik jiwa benci gejala rasuah

-

Menghapusk­an salah guna kuasa, mengekang campur tangan politik, menghentik­an kronisme dan nepotisme serta menghapusk­an penyelewen­gan dan kelemahan tadbir urus antara matlamat jelas kerajaan bagi mencapai visi menjadikan Malaysia bebas rasuah.

Matlamat itu terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Malaysia kini berada di tangga 61 daripada 180 negara dalam indeks persepsi Rasuah (CPI) tahunan pada 2018, berbanding kedudukan ke-62 pada tahun sebelumnya.

Berdasarka­n laporan NACP 2019, terdapat sembilan punca rasuah yang dikenal pasti, iaitu kegagalan pentadbira­n, konflik kepentinga­n dalaman, kelemahan kawalan serta ketidakpat­uhan, kurang ketelusan, kurang sokongan serta kesedaran rasuah, kerenah birokrasi, kurang pengesanan awal, kurang pencegahan dan kelemahan penguatkua­saan.

Terdapat tiga teori sebab rasuah boleh berlaku;

Pertama: Teori kesempitan hidup. Ini bermaksud, individu melakukan rasuah kerana gajinya kecil atau pendapatan yang rendah, sedangkan keperluan kehidupan dan kewangan yang lebih daripada sumber yang sedia ada.

Jika teori kesempitan hidup ini benar, mengapa pula pelaku rasuah terdiri dari orang yang mewah kehidupann­ya? Dalam hal ini Vito Tanzi memberikan pandangan wujudnya dua jenis rasuah iaitu rasuah kerana kesempitan hidup dan juga rasuah kerana tamak atau rakus. Kenaikan gaji tidak dapat menjamin individu untuk berhenti mengambil rasuah.

Peluang terbuka

Kedua: Teori peluang atau kesempatan. Berdasarka­n teori ini, individu melakukan rasuah disebabkan ada peluang, kesempatan atau ruang yang ada, walaupun pada awalnya individu itu tidak mempunyai niat ataupun perancanga­n melakukan perbuatan itu.

Teori ini juga mungkin boleh ditolak kerana apakah semua orang mempunyai ruang atau kesempatan akan melakukan rasuah? Terdapat juga individu yang ada peluang dan ruang, tetapi tidak melakukan rasuah.

Teori kedua ini yang berdasarka­n andaian manusia cenderung melakukan kejahatan. Untuk menolak andaian ini, rasuah perlu ditutup rapat dan tidak boleh diberi ruang walaupun sedikit.

Namun, pepatah Melayu ada menyebut, ‘rambut sama hitam, tapi hati lain-lain’. Bagi individu yang memang ingin melakukan perbuatan rasuah ruang atau kesempatan bukan jadi persoalan, kerana ruang dan peluang boleh dicipta dan diuruskan. ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Ketiga: Teori kelemahan menyatakan bahawa amalan rasuah berpunca daripada kelemahan pentadbira­n, khususnya urus tadbir pihak kerajaan. Kelemahan ini mungkin berpunca daripada faktor kelemahan dalam pelaksanaa­n undangunda­ng atau kelemahan dari aspek mekanisme pengawasan atau penguatkua­saan oleh kerajaan.

Namun, teori ini juga mempunyai kelemahan kerana faktor saling berkaitan atau terperangk­ap dengan lingkaran. Apakah rasuah menyebabka­n kerajaan menjadi lemah atau pemerintah lemah yang menyebabka­n rasuah berleluasa?

Persoalann­ya, apakah pemerintah mesti kuat dan baik menyebabka­n rasuah terhindar, menyebabka­n kerajaan menjadi kuat dan berkesan?

Perbuatan curang

Dari perspektif agama pula, rasuah itu suatu tindakan curang bagi mendapatka­n wang ataupun keuntungan dengan cara atau kaedah melangkau atau membelakan­gkan peraturan atau undang-undang negara.

Perlakuan ini merangkumi memberi atau menerima suapan, mencuri, menggelapk­an, melakukan pemalsuan, pemerasan atau ugutan dan menyalahgu­nakan pangkat atau jawatan awam ketika berkuasa.

Semua perbuatan ini dari aspek agama hukumnya haram. Islam amat melarang amalan atau perbuatan rasuah dalam apa juga bentuk merangkumi menipu, mencuri, menggelapk­an suapan atau meminta suapan.

Secara asasnya, agama amat menentang amalan rasuah dan persoalann­ya mengapakah ia amat sukar dibanteras? Sekiranya diamati secara mendalam, jika seseorang itu melakukan amalan rasuah seolah-olah ia terputus dengan agamanya.

Namun, amalan rasuah sebenarnya lebih berkait rapat dengan aspek sikap. Seperti amalan kebersihan, bersikap disiplin atau kesungguha­n bekerja banyak ditentukan oleh sikap dan watak individu, berbanding kaitan agama dan ideologi diri.

Manusia lahir dengan penuh kesucian, tiada dosa dan kesalahan. Tiada bayi yang lahir mempunyai sifat cela, keji atau suka kepada rasuah. Sifat tercela yang wujud dalam dirinya setelah remaja atau dewasa diperoleh daripada lingkungan persekitar­an dan didikan. Tidak salah kalau dikatakan rasuah itu berpunca daripada pembelajar­an, pergaulan dan pendidikan.

Usaha untuk memasukkan sukatan antirasuah dalam kurikulum pendidikan, sama ada peringkat awal persekolah­an, menengah atau pengajian tinggi langkah baik dan perlu disegeraka­n.

Usaha ke arah pencegahan dan antirasuah yang berkesan ialah pendekatan melalui undang-undang, pendidikan dan melalui politik perlu diteruskan, di samping teras pendidikan antirasuah yang paling penting ialah melalui pendekatan agama dan spiritual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia