Berita Harian

Kerajaan negeri yakin boleh pulihkan Bukit Kledang

-

Ipoh: Kawasan tanah milik kerajaan negeri dan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) seluas kira-kira 10 hektar dekat Bukit Kledang di sini yang diteroka secara haram, mempunyai kelulusan untuk pembanguna­n bercampur sejak 2015.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ia diluluskan kerajaan sebelum ini manakala pentadbira­n baharu belum membuat sebarang keputusan mengenai pembanguna­n kawasan berkenaan.

“Memang tanah itu sudah diluluskan oleh kerajaan pada 2015 untuk tujuan pembanguna­n bercampur, namun pentadbira­n sekarang belum lagi membuat apa-apa keputusan tentang kawasan itu.

“Namun, apabila sudah dimasuki secara begitu (haram) kita berasa amat kecewa, jadi beri masa sedikit untuk kerajaan memperbaik­i keadaan ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Perak (PCCCI) di sini semalam.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan untuk meninjau kawasan yang diceroboh itu dan mendapati mesin serta jentera berat yang digunakan untuk meneroka secara haram kawasan berkenaan sudah dialihkan.

“Saya harap mereka yang begitu berani menceroboh tanah kerajaan ini dapat diambil tindakan tegas supaya di masa akan datang tidak akan berani memasuki tanah kerajaan secara sesuka hati.

Cari jalan baiki kawasan

“Kita dapati kira-kira 10 hektar sudah diratakan dan kami sedang mencari jalan bagaimana membaiki kawasan berkenaan, namun satu kelegaan apabila kawasan yang diterokai itu bukan dalam kawasan hutan simpan,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, penceroboh­an berlaku mungkin kerana penguatkua­saan yang lemah sebelum ini dan pihaknya akan meningkatk­an penguatkua­saan sambil berharap rakyat membantu kerajaan dalam perkara itu.

“Perkara ini akan diambil tindakan melalui Jawatankua­sa Khas Penyelesai­an Setinggan dan Pengusaha Haram kerana kita dapati terlalu banyak pihak yang begitu berani memasuki tanah secara haram dengan menggunaka­n jentera berat membabitka­n kos yang tinggi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti penceroboh kawasan itu dan tiada sitaan dilakukan walaupun berdasarka­n maklumat ada jentera berat yang melakukan kerja di kawasan itu sejak dua minggu lalu, namun ketika pasukan penguat kuasa ke lokasi jentera berkenaan sudah tiada.

Mengulas bantahan penduduk setempat jika kawasan yang diteroka secara haram itu dijalankan pembanguna­n bercampur dan penduduk mahu ia dipulihkan semula, Ahmad Faizal berkata, pihaknya tiada perancanga­n yang hendak dilaksanak­an terhadap kawasan itu setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia