Berita Harian

Perkasa latihan komuniti

Pertingkat strategi ke arah pengukuhan daya tahan terhadap bencana: TPM

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua agensi yang terbabit dalam penggubala­n dasar dan pelaksanaa­n pengurusan bencana supaya memperkasa masyarakat, komuniti dan agensi daerah dalam pengurusan risiko bencana.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu dilaksanak­an menerusi latihan dan pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti (CBDRM) bagi membentuk negara dan komuniti yang berdaya tahan terhadap bencana.

Katanya, langkah itu sejajar dengan komitmen mewujudkan Strategi Penguranga­n Risiko Bencana pada Peringkat Tempatan menjelang 2020 seperti dizahirkan pada Persidanga­n Menteri Asia berkaitan Penguranga­n Risiko Bencana di Mongolia pada Julai tahun lalu.

“Strategi ini termasuk memperkasa­kan pengurusan risiko bencana pada peringkat masyarakat dan komuniti, tanpa mengetepik­an golongan rentan bencana seperti wanita, warga emas, kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan lainlain seperti imigran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n wang ihsan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew; Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Uda Sulai; Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Dr Wan Azizah berkata, tindakan pencegahan menerusi program mitigasi penguranga­n risiko bencana, menambah baik perancanga­n kesiapsiag­aan dan tindak balas bencana serta pemulihan semula selepas bencana adalah inisiatif yang wajar diaplikasi­kan semua pihak dalam kitaran pengurusan risiko bencana.

Kerjasama NADMA, negeri

“NADMA bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan bencana pada peringkat negeri dan daerah, dengan sokongan pelbagai pihak seperti universiti, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa berusaha meningkatk­an strategi pengurusan risiko bencana ke arah pengukuhan daya tahan terhadap bencana,” katanya.

Katanya, kerajaan juga mengambil maklum mengenai tindakan penguranga­n risiko bencana di negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai risiko pelbagai bahaya seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi yang perlu dilaksanak­an secara holistik dengan mengambil kira kepentinga­n manusia, aktiviti sosioekono­mi dan alam sekitar.

Beliau berkata, sebagai contoh di daerah Kota Belud, pendudukny­a berdepan dua situasi bencana iaitu kekurangan air apabila musim kemarau dan lebihan air yang menyebabka­n banjir ketika musim hujan.

“Justeru, Kerajaan Persekutua­n melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, dengan kerjasama jabatan teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Meteorolog­i Malaysia dan Jabatan Pertanian sedang dalam proses melaksanak­an kajian kemungkina­n secara bersepadu di daerah Kota Belud.

“Ini membabitka­n kajian penilaian kecukupan sumber air dan penyediaan pelan pengurusan sumber air bagi tujuan pertanian, domestik dan industri; kajian penilaian risiko bencana dan impak risiko banjir melalui penyediaan peta bahaya dan peta risiko serta penyediaan pelan mitigasi bagi meminimumk­an impak bencana.

“Kajian ini diharap dapat menyediaka­n maklumat penting kepada kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri dalam perancanga­n pembanguna­n yang mapan dengan mengambil kira aspek risiko bencana dan impak alam sekitar,” katanya.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] ?? Dr Wan Azizah menyampaik­an sumbangan kepada Faridah Tandra dan Tianti Tanpa sambil diperhatik­an Christina (kiri) pada Program Penyampaia­n Wang Bantuan Ihsan kepada mangsa kebakaran di Putatan, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] Dr Wan Azizah menyampaik­an sumbangan kepada Faridah Tandra dan Tianti Tanpa sambil diperhatik­an Christina (kiri) pada Program Penyampaia­n Wang Bantuan Ihsan kepada mangsa kebakaran di Putatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia