Berita Harian

Penyelidik muda cemerlang di Thailand

250 pelajar bawa pulang 14 pingat emas, 24 perak, 30 gangsa pada IPITEX 2019 di Bangkok

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Seramai 250 penyelidik muda mengharumk­an nama Malaysia apabila berjaya memenangi pelbagai pingat pada Pameran Inovasi, Harta Intelek, dan Teknologi Antarabang­sa (IPITEX 2019) yang berlangsun­g di Bangkok, baru-baru ini.

Ketua Delegasi Malaysia ke pameran itu, Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, berkata kumpulan penyelidik muda itu terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah dari 27 sekolah berjaya membawa pulang 14 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.

Katanya, dalam pameran berlangsun­g mulai 2 hingga 6 Februari itu, kontinjen Malaysia menerima saingan sengit dari peserta negara lain seperti Kanada, Jepun, Korea Selatan, China dan India.

“Antara paling membanggak­an ialah inovasi Ice Cage yang dihasilkan Muhammad Amir Mohamad Ghazaly, Muhammad Arif Mohamad Ghazaly, Nur Auni Afiqah Mohd Johari dan Nur Ain Nasirah Zamri dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Rawang, Selangor.

Ais minuman dalam rod

“Mereka berjaya menghasilk­an ais minuman dalam bentuk rod yang berisi larutan tepu membolehka­nnya diguna berulang kali dan tidak akan habis,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mohd Mustafa berkata, hasil ciptaan empat penyelidik muda terbabit berjaya meraih Anugerah Rekacipta Muda IPITEX 2019 bagi kategori reka cipta dan inovasi terbaik dalam industri.

“Jika pengguna ingin menggunaka­n Ice Cage, mereka hanya perlu meletakkan­nya di dalam peti sejuk sehingga larutan di dalamnya beku.

“Kemudian ia diletak ke dalam air minuman untuk disejukkan dan sekiranya larutan di dalam Ice Cage mencair, pengguna boleh meletakkan­nya kembali ke dalam peti sejuk tanpa memerlukan larutan baharu kerana ia kekal di dalam rod,” katanya.

Sebanyak 27 sekolah yang mewakili negara pada pameran itu turut mendapat penyeliaan dan nasihat Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) serta Persatuan Penyelidik­an dan Inovasi Malaysia (MYRIS).

Hasil ciptaan empat penyelidik muda terbabit berjaya meraih Anugerah Rekacipta Muda IPITEX 2019 bagi kategori reka cipta dan inovasi terbaik dalam industri” Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Ketua Delegasi Malaysia ke IPITEX 2019

 ??  ?? Delegasi Malaysia ketika menyertai IPITEX 2019 di Bangkok baru-baru ini.
Delegasi Malaysia ketika menyertai IPITEX 2019 di Bangkok baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia