Berita Harian

Nelayan hasilkan penunda guna roda motosikal

-

Alor Gajah: Kreativiti seorang nelayan tempatan berjaya menjadikan besi terpakai dan roda motosikal usang sebagai penunda untuk mengangkut enjin bot sangkut.

Kelibat Abdul Ghani Abdul Samad, 61, yang juga bekas tentera jelas menarik perhatian apabila ‘jenteranya’ itu digunakan bagi mengangkut enjin bot sangkut dari pesisir pantai menggunaka­n sebuah motosikal.

“Walaupun ia sekadar sebuah penunda bagi mengangkut enjin bot sangkut, saya tetap berbangga kerana menciptany­a sendiri untuk meringanka­n beban.

“Sekurang-kurangnya kenderaan yang diperbuat daripada besi dan roda motosikal ini dapat meringanka­n beban selaras saranan kerajaan supaya nelayan menggunaka­n teknologi lebih moden,” katanya ketika ditemui di pantai Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara, di sini, semalam.

Pesara ATM

Abdul Ghani berkata, modal bagi membuat kereta tunda yang diperbuat daripada besi berukuran dua kali dua meter itu hanya RM100 sebelum dikimpal sendiri hasil daripada pengalaman­nya ketika berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, penunda itu digerakkan dengan sebuah motosikal menggunaka­n roda khas beralaskan kepingan kimpalan besi, sekali gus mampu bergerak di pasir pantai yang halus.

“Saya menarik kereta tunda ini dengan motosikal Honda Cub C70 bagi membawa enjin motor sangkut 15 kuasa kuda dari rumah ke pangkalan perahu dan begitu juga selepas naik ke pantai,” katanya.

Bapa enam anak berusia antara 22 hingga 38 tahun itu berkata, selepas berkhidmat selama 22 tahun dalam ATM, dia berjinak-jinak sebagai nelayan bagi mengisi masa lapang.

 ?? [FOTO HASSAN OMAR /BH] ?? Abdul Ghani membawa pulang enjin bot sangkut dan tong petrol dengan menggunaka­n penunda ciptaan sendiri di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara.
[FOTO HASSAN OMAR /BH] Abdul Ghani membawa pulang enjin bot sangkut dan tong petrol dengan menggunaka­n penunda ciptaan sendiri di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia