Berita Harian

‘Tahap pematuhan semakin baik’

26,457 premis diperiksa, hanya 241 langgar peraturan

-

Tahap pematuhan peraturan oleh peniaga sepanjang tempoh penguatkua­saan skim kawalan harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019 di seluruh negara disifatkan sangat tinggi dan semakin baik.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada 26,457 premis yang diperiksa sejak skim itu bermula 31 Januari lalu sehingga kelmarin, hanya 241 pelanggara­n peraturan oleh peniaga dilaporkan.

Beliau berkata, kesalahan yang paling banyak direkodkan adalah kegagalan peniaga meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu sebanyak 166 kes, diikuti 73 kes tidak meletakkan tanda harga langsung dan dua kes menjual barang kawalan melebihi harga siling yang ditetapkan.

Sembilan aduan

“Kebanyakan kes ini berlaku di premis runcit. Jumlah nilai rampasan RM28,500 dan kompaun dikenakan sebanyak RM27,300. Di seluruh negara, kementeria­n menerima sembilan aduan sahaja sehingga semalam,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Pasar Bayan Baru, dekat sini semalam.

Berikutan itu, Saifuddin Nasution yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, berkata kementeria­nnya sedang meneliti cadangan untuk melanjutka­n tempoh pelaksanaa­n skim kawalan harga pada musim perayaan akan datang.

Katanya, buat masa ini kemen- teriannya menetapkan tempoh pelaksanaa­n skim kawalan harga untuk Tahun Baharu Cina selama 10 hari, Aidilfitri 15 hari dan Deepavali selama tujuh hari.

“Apakah sekarang kita perlu memanjangk­an tempoh. Itu perkara yang kementeria­n akan memberikan tumpuan khusus sebelum kita menetapkan tempoh kawalan pada musim-musim perayaan akan datang,” katanya.

Menurutnya, kepentinga­n peniaga dan pengguna akan diambil kira sebelum kementeria­n memberi sebarang kata putus berhubung pemanjanga­n tempoh skim kawalan harga itu.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan bertemu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada 12 Feb ini bagi membincang­kan punca berlaku kenaikan harga bekalan ikan dan sayur-sayuran yang didakwa ekoran daripada kenaikan kos pengangkut­an, upah, bil utiliti dan sewaan.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Saifuddin Nasution bertanyaka­n sesuatu kepada peniaga meninjau Pasar Bayan Baru, Georgetown, semalam. ketika
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Saifuddin Nasution bertanyaka­n sesuatu kepada peniaga meninjau Pasar Bayan Baru, Georgetown, semalam. ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia