Berita Harian

RON97, RON95 naik 4 sen, diesel kekal

-

Putrajaya: Harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing naik empat sen kepada RM2.27 seliter dan RM1.97 seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter, mulai tengah malam tadi.

Kementeria­n Kewangan dalam kenyataann­ya, berkata harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu bagi tempoh 9 sehingga 15 Februari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunaka­n formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 satu tong kepada AS$62 satu tong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 satu tong kepada AS$73 satu tong bagi diesel.

Harga pasaran global meningkat

“Peningkata­n harga pasaran global ini menyebabka­n kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel,” katanya.

Harga RON97 dan RON95 bagi minggu lalu turun lima sen kepada RM2.23 dan RM1.93, manakala diesel kekal RM2.18.

Tambah kenyataan itu, harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabila­n harga yang dijanjikan oleh kerajaan, iaitu RM2.20 seliter.

“Bagi produk diesel, peningkata­n harga pasaran ini sepatutnya menyebabka­n harga runcit diesel di bawah formula APM dinaikkan sebanyak 1 sen seliter, iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.19 seliter.

“Walau bagaimanap­un selaras dengan janji Kerajaan Persekutua­n Pakatan Harapan untuk menstabilk­an harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter sekiranya harganya melebihi paras itu, harga runcit diesel bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari dikekalkan tanpa berubah pada paras RM2.18 seliter,” katanya.

Peningkata­n harga pasaran global ini menyebabka­n kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel” Kenyataan Kementeria­n Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia