Berita Harian

PRK medan terbaik uji keberkesan­an e-undi

Aplikasi dicadangka­n SPR reformasi sistem pilihan raya negara

- Oleh Fairuz Zaidan dan Hanneeyzah Bariah Baharin

Pilihan raya kecil (PRK) adalah medan terbaik bagi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk menguji keberkesan­an kaedah pengundian secara elektronik (e-undi).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, berkata melalui PRK juga ia dapat menguji keberkesan­an sistem penyampaia­n dalam aplikasi eundi seperti dicadangka­n SPR bagi mereformas­ikan sistem pilihan raya negara.

“Pelaksanaa­n e-undi perlu perbincang­an lanjut kerana sistem yang diguna pakai adalah sistem terbaharu. Saya fikir kalau mahu dilaksanak­an ia boleh dilaksanak­an pada PRK tertentu sebagai projek perintis.

Projek perintis

“Saya berpendapa­t ia tidak boleh terus dilaksanak­an pada PRU (pilihan raya umum). Melalui projek perintis pada PRK, kita dapat melihat sejauh mana keberkesan­an e-undi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Negeri di Dataran Seri Negeri di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka mengulas laporan eksklusif BH mengenai SPR mempertimb­angkan pelaksanaa­n e-undi yang lebih selamat dan menjimatka­n kos, sebagai sebahagian daripada reformasi sistem pilihan raya negara.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, dipetik sebagai berkata, pihaknya sudah melakukan ‘pencarian fakta’ serta berbincang dengan beberapa pihak, termasuk pegawai dari negara yang sudah melaksanak­an kaedah e-undi dan pengundian internet.

Kajian SPR mendapati kaedah berkenaan digunakan di Russia, Korea Selatan, India dan Congo, dapat menjimatka­n masa serta meminimumk­an jumlah kakitangan diperlukan.

Di Marang, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata cadangan itu perlu mengambil kira dari segi kesesuaian kawasan penempatan kerana Malaysia mempunyai geografi kawasan penempatan yang pelbagai termasuk kawasan FELDA, pedalaman dan perkampung­an Orang Asli.

Perlu kajian mendalam

Justeru, katanya, cadangan itu memerlukan kajian mendalam dan tidak boleh dilaksanak­an terburu-buru bagi mengelak timbul masalah pada masa depan.

“Kita kena lihat kemunasaba­han sebab negara kita ini ada kawasan yang ada kemudahan, ada kawasan yang tidak ada kemudahan seperti di pedalaman.

“Kalau negara lain, ia lebih bergantung kepada kawasan bandar dan pinggir bandar. Di Malaysia, ada kawasan FELDA, pedalaman, (perkampung­an) Orang Asli... semua ada,” katanya di Rusila di sini, semalam.

Saya berpendapa­t ia tidak boleh terus dilaksanak­an dalam PRU. Melalui projek perintis pada PRK, kita dapat melihat sejauh mana keberkesan­an e-undi” Adly Zahari, Pengerusi Pakatan Harapan Melaka

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia